BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sobey ikrar selamatkan Kelantan Warriors

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Sobey.jpg
Mohd. Zulkifli Abdul Razak atau Sobey bertekad untuk menyelamatkan Kelantan Warriors daripada terjatuh ke saingan Divisyen 1 Liga Sepak Takraw (STL) musim depan.-UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK



KOTA BHARU: Tekong berpegalaman Mohd. Zulkifli Abdul Razak atau Sobey berikrar untuk menyelamatkan Kelantan Warriors daripada terjatuh ke saingan Divisyen 1 Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) musim depan.

Sobey berkata, dia dan rakan-rakan sepasukan akan terus berjuang mati-matian selepas ini bagi memastikan pasukan itu terus kekal dalam saingan Premier.

“Setiap kali beraksi, kelebihan banyak berpihak kepada lawan. Bila mereka berdepan Kelantan Warriors, saya lihat pasukan lawan akan beraksi luar biasa.

“Namun saya berharap peminat dapat memberi sokongan penuh kepada kami untuk terus berjuang selepas ini,” katanya semasa ditemui selepas aksi pasukan itu menentang Selangor Piston di Kompleks Sukan Panji di sini, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Kelantan Warriors kalah ‘straight set’ 2-0 di tangan Selangor Piston.

Anak kelahiran Terengganu itu memberitahu, dia turut mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan sepasukan untuk mengurangkan kesilapan mudah dalam aksi selepas ini.


Selepas mengharungi 13 perlawanan, Kelantan kini menghuni tangga tercorot saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022.
 
Back
Top
Log in Register