BTC USD 85,516.9 Gold USD 4,130.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Itu Sufi

Anda semua orang bijak sama bijak sini. Tentu dah mengaji kitab2 turats yang semestinya anda semua tahu sejarah bagaimana lahirnya mazhab aqidah dalam Islam kan.
Wallahu musta'an.
 
Sufi tu hanya gelaran.. gelaran yang diberikan secara rawak kepada orang-orang tertentu. pada awalnya tidak ada istilah atau panggilan tu. orang-orang dulu tak tahu nak panggil apa, maka diberikannya nama sufi untuk tujuan pengecaman, untuk mengenalpasti sesuatu kelompok, untuk membezakan berdasarkan kepercayaan atau cara pemakaian. Namun, terpulanglah kepada tuan punya badan, sama ada mau mengaku sufi atau tidak. ada yang tidak mau mengaku gelaran sufi yang diberikan, ada yang mengaku. tidak ada apa-apa jika mau mengaku atau tidak, tidak menjadi masalah.
 
ape pulak nak kaitkan sufi tu dengan mazhab.. orang lain yang panggil sufi, bukan diri sendiri yang mengaku macam mazhab2 tu. pastu diorang (yang panggil sufi) masukkan ciri2 seorang sufi bagaimana.. lepastu kalau diorang terlihat ada seseorang yang ada ciri2 sufi yang buat salah, diorang sembur balik orang yang diorang panggil sufi tu dengan macam2 fitnah.. akibatnye, ramai yang menjadi mangse fitnah, yang tak buat salah pun kene. adoi manusia macam tu pun ada.
 
Sebab itulah, diantara kamu yang belajar tareqat, jika ada yang bertanyakan sama ada kamu itu ahli sufi atau bukan, maka jawablah 'bukan!'.

kerana, sekiranya kamu jawab 'ya', kamu akan memasukkan diri kamu kedalam fitnah orang lain yang secara berterusan memfitnah kamu, yang lagaknya seperti keldai yang sedang menikmati makanan. setelah puas hati, mereka diam dan selepas itu, mereka buat lagi, makan lagi.

jika mereka memanggil kamu sufi dengan mulut mereka sendiri, biarlah mereka nak kata apa, katalah. jika mereka nak fitnah, kamu pun tak dapat menghalang mereka selama-lamanya. selagi hayat mereka dikandung badan..
 
sebab itu juga, ada manusia yang belajar agama untuk masuk neraka. mereka menggunakan ilmu pengetahuan yang dimiliki dikuatkan dengan alquran untuk menyebarkan fitnah. tak tahan nafsu nak test power ilmu, pergi downkan orang lain yang dicop sendiri sebagai sufi. lidah tak jaga.
 
kamu itu antara manusia yang di penghabisan zaman. kamulah yang menjadi harapan suatu hari nanti. berpeganglah dengan kalimah laailaha illallah. kuatkan jiwa raga dengan amalan soleh, sebab satu hari nanti mungkin kamu takkan dapat duduk selesa seperti sekarang lagi.

kamu semua harapan..
 

لو كنت تعلم ما أقول عذرتني أو كنت أعلم ما تقول عذلتكا

Seandainya kamu faham ucapanku niscaya kamu akan memaafkanku
Atau aku mengetahui ucapanmu maka aku mengkritikmu


لكن جهلت مقالتي فعذلتني وعلمت أنك جاهل فعذرتكا

Tetapi engkau tidak faham ucapanku sehingga mencelaku
Dan aku tahu bahwa kamu tidak faham maka aku memaafkanmu.
 
Back
Top
Log in Register