BTC USD 85,567.5 Gold USD 4,140.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Abuya.....?

Namanya ialah Ashaari Muhammad , pengasas Al-Arqam, gerakan islam (konon2nya) berasaskan ekonomi .

Pada permulaan , everything looks fine , sehinggalah abuya al-bengong mengeluarkan pelbagai pendapat dan fatwa yang menyesatkan antaranya :

- Mendakwa dirinya adalah Pemuda Banu Tamim (padahal dia nieh orang minang)
- Mendakwa dirinya telah beryaqazah (berbaiat dengan nabi saw secara nyata)
- Mendakwa dirinya boleh menentukan ajal maut pengikut2 dengan buat negotiate dengan Allah

-Mengajarkan aurad zikir **** x da sanad .

Selepas nie, org Rufaqak/Global Ikhwan (x al-arqam) bolehlah berfikir secara waras.

Orang yg dakwa dirinya Pemuda Bani Tamin dah MATI. [[ Ashaari ajar "Pemuda Bani Tamim org yg akan menyerahkan panji hitam kepada Imam Mahdi. Pemuda Bani Tamim akan dapat Daulah di Timur. Dan Pemuda Bani Tamin adalah dirinya ]]

Tak tau laa title tu boleh diwarisnya pulak. Ada nas ke?

Yang PENTING dan MUSTAHAK >>>
PEMBOHONGAN SUDAH BERLAKU!
KEBATILAN DAN KEPALSUAN AKAN TERHAPUS
dan KEBENARAN MAKIN TERSERLAH!!!

so... sama-sama kita bertaubat
 
siapa abuya? abuya @ ashaari tu ker al-arqam...?

dia tu masih islam tapi pendusta besar @ pendosa besar..
berdusta jumpa Rasulullah cepat je kena hukum..wallahhualam...

tapi dalam masa yg sama di saat saat kematian ashaari @ al-arqam nie kecoh ..kita lupa tentang pemergian seseorang aulia...HABIB ALI B. JAAFAR batu pahat johor

syukran pada habib ali kerana telah meraikan cinta...

so perginya pendusta besar dan seorang aulia...
 
siapa abuya? abuya @ ashaari tu ker al-arqam...?

dia tu masih islam tapi pendusta besar @ pendosa besar..
berdusta jumpa Rasulullah cepat je kena hukum..wallahhualam...

tapi dalam masa yg sama di saat saat kematian ashaari @ al-arqam nie kecoh ..kita lupa tentang pemergian seseorang aulia...HABIB ALI B. JAAFAR batu pahat johor

syukran pada habib ali kerana telah meraikan cinta...

so perginya pendusta besar dan seorang aulia...

Ya, ashaari b muhamad, nama sebenarnya,
yg dipanggil ABUYA SYEIKH oleh orang-orang x al arqam / rufaqak / global ikhwan
 
geng depe ni masih ada yang taksub...
cuba lihat poster yang digantung sebelum kematian arwah!!

Abuya meninggal dunia
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
[email protected]
2010/05/14

IPOH: Bekas pemimpin dan pengasas kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan pada Ogos 1994, Ashaari Muhammad, 72, atau dikenali sebagai Abuya, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini, kira-kira jam 2.10 petang semalam selepas mengalami jangkitan pada paru-paru.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (Global Ikhwan) berada di bandar raya ini dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Jurucakap hospital itu berkata, arwah dimasukkan ke wad Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jenazah arwah dimandikan dan disembahyangkan selepas solat Asar di rumah tamu milik syarikat Global Ikhwan di No 5, Lorong Raja Dihilir, Jalan Tambun di sini.

Sementara itu, seorang pekerja restoran milik Global Ikhwan, Marzuki Hussin, 57, berkata arwah singgah di rumah tamu milik syarikat itu selepas mengadakan lawatan ke Thailand dan Kedah, minggu lalu.

“Arwah adalah pengerusi eksekutif syarikat itu. Arwah bersama beberapa kakitangan Global Ikhwan singgah di Ipoh bagi menemui pekerja syarikat di negeri ini sebelum jatuh sakit dan dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro di rumah berkenaan mendapati kira-kira 100 pengikut Abuya termasuk kakitangan syarikat Global Ikhwan berada di situ bagi memberi penghormatan terakhir termasuk menunaikan solat jenazah.

Kira-kira jam 5.30 petang, jenazah dibawa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard bernombot plat AFV13 untuk dikebumikan di kampung kelahiran Ashaari di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

Turut kelihatan dalam kenderaan itu ialah isteri arwah dan beberapa anaknya. Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubual ahli keluarga Allahyarham gagal kerana masing-masing bersedih dan enggan ditemu bual. Selain itu, beberapa sepanduk digantungkan pada pagar rumah tamu berkenaan, termasuk ‘Selamat Pulang Abuya Fata At Tamimi Ke Malaysia’, ‘Abuya Bapa Poligami’, ‘Abuya Hidup Mati Kami’ dan ‘Abuya Penyelamat’.

Difahamkan, sepanduk berkenaan digantung bagi menyambut serta meraikan ketibaan Ashaari yang singgah di rumah tamu itu pada Isnin lalu selepas pulang dari Thailand dan Kedah.
 
Last edited:

orang yg mendengar ceramah abuya.....

abuya?...hahaha...asyik taksub ajer ngan abuya...benci aku ngan pemiant peminat fanatik dia ni...die aku no komen..tp kalau die tegur anak buah die..kawan aku siap tempek gambar besar dalam bilik...cheh..ntah ape ape ..kalau
 
geng depe ni masih ada yang taksub...
Cuba lihat poster yang digantung sebelum kematian arwah!!

‘selamat pulang abuya fata at tamimi ke malaysia’, ‘abuya bapa poligami’, ‘abuya hidup mati kami’ dan ‘abuya penyelamat’.

semuga peminat-peminat fanatiknya
segera betulkan diri.

Bertaubat dari pembohongan yang berlaku
 
Back
Top
Log in Register