BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sharing

10 Sebab Doa Ditolak

10 Sebab Doa Ditolak :

Ibrahim bin Adham ditanya oleh seseorang : “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahawa Dia akan memakbulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dimakbulkan?” . Beliau terdiam sejenak lalu berkata, “Saudara sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh Allah.

  • 1. Kamu mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • 2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mau mengamalkan isinya.
  • 3. Kamu mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kamu mengikuti jejak dan perintahnya.
  • 4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
  • 5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.
  • 6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.
  • 7. Kamu mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.
  • 8. Kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kamu sendiri.
  • 9. Kamu setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.
  • 10.Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyedari bahawa kamu akan mengalami hal yang serupa.”

".....Jangan salahkan Allah bila doa tak dikabulkan dan jangan pula jemu utk berdoa"
- Abdul Qadir-Jailani dalam Mafatih al-Ghaib.

  • Bersihkan hati
  • Bersihkan minda
  • Sempurnakan solat
  • Sempurnakan wudu'
  • Hati Positive kepada Allah swt
  • Minda Positive kepada Allah swt

Have Fun
 
7 golongan dapat perlindungan di akhirat

7 golongan dapat perlindungan di akhirat :

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah.

  • 1. Pemerintah yang adil.
  • 2. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya.
  • 3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
  • 4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
  • 5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”.
  • 6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
  • 7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

  • Bersihkan hati
  • Bersihkan minda
  • Sempurnakan solat
  • Sempurnakan wudu'
  • Hati Positive kepada Allah swt
  • Minda Positive kepada Allah swt

Have Fun
 
Al-Ahzaab 40 - 48


Al-Ahzaab

  • [40] Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
  • [41] Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
  • [42] Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
  • [43] Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
  • [44] Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.
  • [45] Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
  • [46] Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.
  • [47] Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.
  • [48] Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu)....




* Bersihkan hati
* Bersihkan minda
* Sempurnakan solat
* Sempurnakan wudu'
* Hati Positive kerana Allah swt
* Minda Positive kerana Allah swt


Have Fun
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register