BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Selamat Hari Guru 16 Mei 2024

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
1000220859.jpg
 
1000221394.jpg


Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru. Terima kasih kerana mendidik anak bangsa tanpa jemu.

16 Mei 2024

#SelamatHariGuru
#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
 
1000221397.jpg


SELAMAT HARI GURU 2024.

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca".

- Usman Awang, 1979.

Terima kasih Cikgu!

Setulus ingatan daripada warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

#MalaysiaMadani
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
#KeselamatanTanggungjawabBersama
 
Terima Kasih Cikgu

C I K G U
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya.

Kenali Cikgu…..

Garang orangnya, itulah Cikgu Disiplin.
Penyayang orangnya, itulah Cikgu Prasekolah.
Sabar orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Khas.
Sentiasa ‘cool’ dan tak pernah marah, itulah Cikgu Kaunseling.
Petah berucap, itulah Cikgu Besar.
Pelik orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Seni.
Gelap orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Jasmani.
Warak orangnya, itulah Cikgu Agama.
Sopan orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Sivik.
Berbahasa orangnya, itulah Cikgu Bahasa Malaysia.
Berseni bahasanya, itulah Cikgu Sastera.
Walau siapa pun seorang Cikgu itu, dia TETAP BERJASA.

C I K G U.

Bila murid duduk, Cikgu berdiri.
Bila murid diseligi, Cikgu pulak kena gari.
Murid datang naik BMW 7 siri, Cikgu datang naik Myvi.
Murid bila dewasa jadi Somebody,
Cikgu pula tetap begini.
Namun begitu, di dunia Cikgu berbakti.
Semoga di akhirat, syurga tempat Cikgu kekal abadi.

Jazakallahu khairan atas jasa Cikgu yang mendidik. Semoga Allah membalas jasa baik Cikgu semua.

SELAMAT HARI GURU

Guru adalah mualim
Guru berkesan adalah seorang Mudaris
Guru berjaya adalah seorang Muaddib
Guru sebenar adalah Murabbi
Guru cemerlang adalah Mursyid

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani

 
Back
Top
Log in Register