BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekolah Digital UMNO Perkasa Keupayaan Ahli Hadapi Cabaran Penerangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sekolah Digital UMNO Perkasa Keupayaan Ahli Hadapi Cabaran Penerangan​

72572bba8726a6ff3910bb2fee7cbd346aa11555f14f0

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

UMNO akan memperkasakan keupayaan ahli dalam bidang penerangan digital menerusi Sekolah Digital, termasuk melahirkan lebih ramai “selebriti digital” di peringkat bahagian dan cawangan.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata usaha itu akan digerakkan dari peringkat akar umbi bagi memastikan ahli parti memiliki kemahiran menghadapi cabaran penerangan digital, termasuk menangani pelbagai fitnah terhadap parti.

“Saya berharap dengan adanya Sekolah Digital, kita dapat menggerakkan dari peringkat akar umbi ke atas untuk 2026 hingga 2027, iaitu gerakan-gerakan mewujudkan banyak selebriti digital di peringkat UMNO bahagian dan diteruskan di cawangan-cawangan,” katanya pada Majlis Aspirasi Penerangan UMNO Malaysia di sini hari ini.

Pada majlis itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Artificial Intelligence Rakyat Assistance (AIRA), instrumen baharu Penerangan UMNO.

Azalina berkata AIRA, yang kali pertama diwujudkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, merupakan sebuah platform untuk menjelaskan pelbagai isu serta memperkenalkan calon kepada masyarakat dan pengundi, khususnya calon baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, beliau berkata keberkesanan strategi digital berkenaan juga telah terbukti menerusi PRN Johor dan Negeri Sembilan dalam menyebarkan maklumat calon secara lebih efektif semasa tempoh berkempen.

Bagi melatih dan memantapkan kemahiran jentera di peringkat bahagian, beliau berkata siri jelajah penerangan akan digerakkan ke seluruh negara, bermula di Melaka pada 18 Sept ini.

Dalam pada itu, Azalina berkata UMNO akan memfokuskan pendekatan kempennya ke arah yang lebih berorientasikan digital dan teknologi bagi menghadapi cabaran politik semasa serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau berkata penyesuaian itu penting berikutan trend komunikasi politik semasa yang memerlukan penyampaian maklumat yang lebih padat, pantas dan berfokus terus kepada pengundi.

 
Agenda nak merekrut jentera parti untuk menang pilihanraya......dah menang, dapat jawatan, pastu enjoy duit gaji + elaun segala macam.......ulang benda sama turun - temurun 80 keturunan.....hahahahahahaha

Membazir. .. tuang gulu apek Erik cukup da tuk para Walaun jahil agama 😂 😆
 
Agenda nak merekrut jentera parti untuk menang pilihanraya......dah menang, dapat jawatan, pastu enjoy duit gaji + elaun segala macam.......ulang benda sama turun - temurun 80 keturunan.....hahahahahahaha
Boleh undi DAP bang lepas ni.. tu yg PRU tak nak bubar Parlimen awal menteri PH tgh sedap dpt elaun.

Bubar awal kang mkn pop corn kat umah mcm bekas2 dun nisemilan 😆😆
 
Boleh undi DAP bang lepas ni.. tu yg PRU tak nak bubar Parlimen awal menteri PH tgh sedap dpt elaun.

Bubar awal kang mkn pop corn kat umah mcm bekas2 dun nisemilan 😆😆
Agak-agak la nak undi DAP.......susah payah pergi sambung belajar, ambik ekonomi, ambik finance, ambik management bagai tetiba nak undi DAP.....hahahahahaha

Teruk sangat ka saya ni di mata tuan......hahahahahahahaha
 
Membazir. .. tuang gulu apek Erik cukup da tuk para Walaun jahil agama 😂 😆
Erik tu dah jadi pedoman ahli UMNO.....teruk tak teruk orang UMNO sekarang ni......kat mana dorang letak intelektual dorang pun tak tahu la.....

Orang kedah panggil 'malu alah'.

Malu alah dengan cina...
Sebab tu isu anjing tokak kepala anak-anak melayu tak boleh settle dari dulu.

Sebab ada sikap 'malu alah' ni la....
 
Back
Top
Log in Register