BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Music Sedih Hati - Malique X Mona Fendy

Syahril A. Kadir

2 days ago ·

SEDIH HATI

Heboh mengenai sebuah lagu single terbaharu penyanyi rap terkenal Malique berjudul Sedih Hati. Apa yang menjadi perhatian adalah lagu itu telah disuntik menggunakan lagu nyanyian Mona Fandey, wanita yang pernah menggegarkan Malaysia dengan kes pembunuhan ngeri.

Lagu Ratapan Anak adalah nyanyian Mona pada tahun 1987.

Ini petikan lagu terbaru Malique itu,
https://www.facebook.com/Qadarumi/videos/301403202316596/?mibextid=Nif5oz

Saya taknak komen lebih pasal Mona, dia dah pun didapati bersalah oleh mahkamah dunia. Dah pun digantung sampai mati, dah pun kembali pada Allah yang maha satu.

Saya sempat menziarahi pusaranya dan menghadiahkan Al- Fatihah, moga Allah ampunkan dia dan cucuri rahmat ke atas rohnya.

Saya tidak mengagumi Mona namun saya sedar kemarahan dan kebencian yang tiada penghujung juga tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Kesudahan kita sendiri masih satu tanda tanya.
SAK
1688716219892.png

1688716231221.png
 

Sedih Hati Malique berhantu​

  • Oleh MOHD TURMADZI MADUN
  • 14 Julai 2023, 8:59 am


PHOTO-2023-07-13-17-01-10.jpg


GAMBAR HIASAN

PENYANYI rap memang berbakat besar. Baik daripada segi gubahan lirik, susunan lagu dan elemen kreatif, mereka ini golongan yang dianugerahkan dengan kebolehan semula jadi dalam menghasilkan irama unik. Terbaharu rapper legenda, Malique muncul bersama single berjudul Sedih Hati menggabungkan suara lunaknya dengan lirik empat baris diulang-ulang yang dikatakan dinyanyikan oleh Allahyarham Mona Fendi.

Kematangan Malique dalam berkarya jelas dipaparkan dalam lagu ini. Bahasa puitis dengan pemilihan perkataan yang tersusun dan memerlukan pendengar membuka kamus untuk memahaminya harus mendapat pujian.
 
tapi lirik lagu ni sbnarnye kena pada politaik

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan

Kritikal, deteriorasi mental
Fizikal diragut reaksi dangkal
Tipikal egotistikal
Dasar Dajal hipokritikal
Diari apokaliptikal dari diarea politikal
Diganti lampin sambung ratah mana praktikal
Teatrikal, balada farmaseutikal
Dek badut-badut bangku muzikal
Yang kemaruk menagih puji, bertanding suci
Kita meratap menangis mengemis ruji
Atap diranap gergasi geng beruk tuli
Minta dikembalikan asasi jenuh dibuli
Moga segera berakhir gawat
Semoga semua derita dirawat
Yang istiqamah semoga dirahmat
Yang ruwaibidhah semoga dilaknat

Apa rasanya gah di rumah agam
Apa rasanya lena tidur malam
Apa rasanya hidup diampu khadam
Apa rasa jamu darah daging resepi haram
Apa rasa fantasi jadi dewa
Annunaki kebal istimewa
Kakistokrasi, duta neraka
Baka derhaka, punca malapetaka
Ketawakan yang mati, persendakan yang parah
Yang lumpuh dipenjara, diseksa, diseranah
Yang maling alim dan zalim Pak Pandir mendominasi
Serebrum di patella tular sensasi
Apa rasa roh tanpa empati
Korup minda dan hati, tanggungjawab dinafi
Salahkan propaganda, persalahkan konspirasi
Persalahkan segalanya kecuali pekung sendiri

Maaf tuan hamba kebuntuan
Kalau tuan di angkasa bercumbuan
Salam dari warga kemurungan
Moga ditulah tuan seketurunan

Ambil darah, ramu racun
Sudah ludahkan jamu diadun
Satu-satu gugur terkubur
Pupus yang zalim tinggal yang luhur

Rasis, fasis, narsisis fasik
Bergayut di sarkis si spastik fantastik
Kuasa bergayut di tali halimunan
Tunggu sihirnya dicabut nantikan haribulan
Mobilisasi, mulakan draf, fisabilillahi rapatkan saf
Hingga ke hari dieleminasi, inalillahi khalif khilaf
Kiri dan kanan tembok batu biasa-biasakan
Namanya karma, namanya tulah nah kau rasakan

https://lyricstranslate.com/ms/malique-sedih-hati-lyrics.html
 
Back
Top
Log in Register