BTC USD 82,471.6 Gold USD 4,120.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Saya Minta Maaf..." - Bella Astillah

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,238
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,238
Reaction score
41
Points
40

"Saya Minta Maaf..." - Bella Astillah​

astrogempak_BELLA_2.png


Saya Minta Maaf..." - Bella Astillah" Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memohon maaf kepada rakan-rakan terdekat yang berkecil hati susulan isu susunan tempat duduk pada majlis resepsi perkahwinannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella mengakui persiapan majlis dalam tempoh yang singkat bukan sesuatu yang mudah, malah dia menerima beberapa mesej daripada rakan terdekat yang meluahkan rasa terkilan berhubung tempat duduk yang ditetapkan.

“Sebenarnya, dalam masa yang singkat sangat sukar untuk Bella. Terima kasih atas soalan itu. Hari ini pun Bella ada dapat beberapa mesej daripada rakan terdekat yang berkecil hati, yang balik disebabkan seating atau susunan tempat duduk.

“Bella betul-betul nak ucapkan ribuan mohon maaf sebab sebenarnya bukan Bella dengan YB yang letakkan seating. Mungkin mereka pun kasihan kita ada banyak kerja, jadi mereka yang ambil alih, pembantu peribadi dan pengurus saya,” katanya.

Dalam pada itu, Bella menegaskan dia tidak pernah berniat untuk memperkecilkan mana-mana pihak menerusi susunan tempat duduk tersebut.

Jelasnya, semua tetamu yang dijemput ke majlis berkenaan merupakan individu yang dihargai dan mempunyai tempat tersendiri dalam kehidupan mereka.

“Jadi, saya harap semua faham saya tak ada niat langsung memperkecilkan atau mungkin ada rakan-rakan terdekat yang berkecil hati kenapa duduk di tempat ini.

“Tapi sebenarnya percayalah, semua yang kita jemput, 3,000 orang ini, adalah orang-orang yang baik dan yang kita ingat.

“Macam saya sendiri, kalau saya pergi majlis, saya tak pernah mempertikaikan atau mempersoalkan nanti saya duduk mana. Tak pernah. Sebab saya rasa saya dah dijemput pun, alhamdulillah," ujarnya.

Pada masa sama, Bella tidak lupa merakamkan penghargaan kepada pasukannya yang bertungkus-lumus menguruskan persiapan majlis, termasuk menyusun tempat duduk tetamu sehingga ada yang tidak tidur demi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Saya minta maaflah, memang kekhilafan itu daripada kami. Tapi dalam pada masa yang sama, saya nak berterima kasih dengan pasukan saya. Mereka dah buat yang sehabis baik sampai tak tidur buat seating.

“Itu saja. Tak boleh nak puaskan hati semua orang,” katanya.

==============================

Alaaa Bella, suka2 benor la plan last minute, ikut je la tempat duduk mana kasi. IG dia pun haritu upload gambar happy family, chill2 je pun. Orang lain je kot terasa lebih. 🤭

 
Back
Top
Log in Register