fms
CG Top Poster Club

- Messages
- 21,204
- Joined
- Feb 10, 2007
- Messages
- 21,204
- Reaction score
- 480
- Points
- 141
Kalau yang tak paham-paham lagi, meh aku cerita kenapa Buluhmas sangkut, dan Satu Saujana ni bakal sangkut.
Di Malaysia, kalau ko nak ambik deposit untuk memberi pulangan, ko kena ada lesen BNM. Maksud deposit untuk beri pulangan simple, I bagi U duit, dengan U janji Bagi I duit Balik, itu dah kira deposit. Tak kirala apa cara ko nak sembunyi benda ni, asalkan jika aku bagi hang duit, dengan hang janji bagi aku pokok + untung, tu dah kira deposit. Tak kira jugalah hang boh sticker iklan ke, promote ke, aper ke, tu dah SALAH!
Sebab tu bank, insuran, pelaburan cam PNB, Unit Trust apa pun lah mesti ada BNM license untuk simpat duit orang. Buluhmas takde pun apply lesen nak ambik duit orang. Yes, kalau skim si Buluhmas, kena ada lesen untuk ambik deposit. Pada mereka yang pernah tau, yang kes komoditi traders dulu yang tumbang banyak pasal takde lesen simpan duit ni la.
Sebab apa BNM kacau benda-benda macam ni?
1. BNM nak tengok jugak ko boleh ke bayar balik duit orang tu. Kang tak pasal-pasal ko janji je lebih, bila orang mintak takleh bayar. Paling best kot mastermind nye suma cabut luar negara pi dok Brazil?
2. Paling penting, BNM nak kekang Wang HARAM. Money laundering. Kalau ko tak paham, belajar kat Internet.
deposit atau kata sebenarnye, pelaburan..
BNM x kasi syarikat ambil duit ahli dgn dijanjikan setiap bulan dpt interest..
tapi klu bayar duit, dpt produk pada masa tu jugak, tapi dpt dividen atau bonus setiap bulan (x fix), BNM akan lepaskan..
Last edited: