BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi sindir nak jemput Ramkarpal ceramah orang Islam jangan berjudi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Sanusi sindir nak jemput Ramkarpal ceramah orang Islam jangan berjudi​

5029ef6e-sanusi-md-nor-201023-2-010524.jpg

Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor berkata keputusan sama ada membenarkan aktiviti perjudian di Kedah atau sebaliknya kini terletak pada tangan menteri kewangan.

Ramkarpal sebelum ini mengesa Sanusi menumpukan usaha menghalang umat Islam daripada berjudi berbanding mencari jalan untuk mengharamkan perjudian di negeri itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Sanusi menegaskan usaha mengharamkan perjudian di Kedah tidak akan terhenti susulan keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Sudah ada orang pun bagi peringatan kepada kita daripada DAP, jangan cari jalan (haramkan judi di Kedah).

“Betul, (nanti) panggil dia ceramah lepas ini. DAP ceramah dekat orang Islam jangan main judi,” katanya ketika berucap pada sesi penjelasan isu ‘halangan pengharaman judi haram di Kedah’ anjuran Urus Setia Penerangan Darul Aman (Upda).

Pada 12 Ogos, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Kedah untuk membatalkan keputusan menghalang pentadbiran negeri daripada enggan memperbaharui lesen bagi pengendali pertaruhan dan loteri.

Dalam pada itu, Sanusi berkata keputusan sama ada membenarkan aktiviti perjudian di Kedah atau sebaliknya kini berada di tangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang juga menteri kewangan.

Beliau berkata sekiranya Anwar meluluskan aktiviti perjudian, rakyat Kedah akan marah kepada perdana menteri.

“Maka bola berada di tangan menteri kewangan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud mendakwa terdapat juga usaha mencabar arahan kerajaan Perlis untuk menghentikan dan menutup premis perjudian di negeri itu.

Beliau mendakwa sekumpulan pihak sudah memfailkan permohonan bagi mencabar tindakan berkenaan.

“Apa yang dilalui oleh Kedah barangkali akan berjangkit selepas ini ke Perlis. Ini kerana saya dimaklumkan di Perlis, kumpulan judi ini sudah fail kes yang baru.

“Nak cabar macam di Kedah dan mereka akan pergi serang kepada negeri lain,” kata Adun Melor itu pada sesi penjelasan berkenaan.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah pada Jun lalu berkata kerajaan pimpinannya komited meneruskan dasar membasmi aktiviti perjudian dengan mengekalkan penutupan operasi kedai judi, yang dimulakan pentadbiran bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli daripada PAS.

Perlis menghentikan dan menutup premis perjudian secara berperingkat susulan penutupan cawangan nombor ramalan terakhir di Padang Besar pada awal Mac lalu.
 
Dulu guna Hudud sbg modal nk serang kerajaan pimpinan UMNO, walaupun dh diterangkan isunya adalah Perlembagaan. Naratif dulu UMNO tolak Hudud.
Screenshot_20250427_202144_com_facebook_katana_MediaGalleryActivity_edit_1296260569243274.jpg



Kini bila dorg dh faham yg halangan sebenar Hudud, dorg guna judi berlesen pula. Padahal halangannya adalah sama. Dimainkan kononnya kerajaan halalkan judi pula, padahal kebenaran berlesen tu adalah isu pemgawalan kpd aktiviti yg secara ekslusif cuma utk org kafir saja. Org Islam tetap tertakluk kpd enakmen kanun jenayah syariah.

Screenshot_20260813_165635_com_hihonor_photos_SlotAlbumActivity_edit_807985538802349.jpg

Gambar sekadar hiasan.
 
Nak ceramah suruh orang berjudi boleh lah.

Nama pun ramkapal. kapalabana dia.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register