BTC USD 82,837.4 Gold USD 4,117.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saman pemula Hashim ditolak

khairilhusni

Legendary Member
gem
Messages
10,918
Joined
Apr 4, 2006
Messages
10,918
Reaction score
70
Points
120
Saman pemula Hashim ditolak
Oleh Adha Ghazali

Dakwaan Pesuruhjaya Pas Perlis supaya batal keputusan bagi DUN Sanglang tak diterima

KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak tanpa kos saman pemula dikemukakan Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin, bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang diisytiharkan dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Abdullah Hassan.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Zamani A Rahim selepas kira-kira dua jam bersidang dalam kamar bagi mendengar hujah bantahan dikemukakan pihak defendan menerusi dua peguamnya, K Jegathesan dan Azizah Nawawi.

Bagaimanapun, tiada sebarang isu merit dibincangkan dalam prosiding terbabit dan ia hanya membabitkan perbahasan undang-undang semata-mata.

Jegathesan mewakili Abdullah selaku defendan pertama, manakala Azizah mewakili Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Arau, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selaku defendan kedua dan ketiga.

Saman pemula itu difailkan Hashim yang juga calon Pas bagi kerusi DUN Sanglang, pada 17 Mac lalu menerusi dua peguamnya, Zulmi Sabri dan Mohamed Hanipa Maidin yang mendakwa defendan kedua dan ketiga melakukan kesilapan kerana mengisytiharkan defendan pertama memenangi kerusi N15 Sanglang, sekali gus dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan.

Keputusan itu dianggap bercanggah dengan fakta pada Borang 14 penyata kiraan undi yang menunjukkan plaintif menang dengan majoriti 47 undi selepas mendapat 3,333 undi berbanding 3,286 yang diperoleh defendan pertama.

Justeru, plaintif mendakwa selaku pemenang bagi kerusi DUN Sanglang, beliau sepatutnya dipilih sebagai Adun kawasan itu dan defendan ketiga perlu mewartakan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi DUN Sanglang dimenanginya dan melantik beliau sebagai Adun N15 Sanglang.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak Zamani, semalam selepas menerima hujah bantahan peguam pihak defendan yang mendakwa saman pemula terbabit dikemukakan melalui prosedur yang salah dan cara plaintif menentang keputusan SPR juga dibuat secara tidak teratur.

Selain itu, Mahkamah Tinggi Kangar juga dianggap tidak mempunyai bidang kuasa mendengar saman terbabit berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Artikel 118 Perlembagaan Malaysia dan Seksyen 32 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Artikel 118 Perlembagaan Malaysia berkaitan dengan cara mengemukakan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya, manakala Seksyen 32 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pula lebih kepada prosedur bantahan berkaitan pilihan raya.

Jegathesan ketika ditemui berkata, berdasarkan dua peruntukan undang-undang terbabit, sebarang bantahan hanya boleh dibuat dalam bentuk petisyen iaitu dalam tempoh 21 hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 diwartakan.

Malah katanya, Mahkamah Tinggi juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman pemula terbabit, kerana kes sedemikian hanya akan didengar Hakim Mahkamah Pilihan Raya, itu pun bergantung kepada mandat serta arahan Ketua Hakim Negara.

"Walaupun saman pemula ditolak, kes ini dianggap belum habis kerana plaintif masih mempunyai peluang membuat bantahan iaitu dengan mengemukakan petisyen, selepas keputusan pilihan raya diwartakan nanti," katanya.
 
Back
Top
Log in Register