BTC USD 84,681.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salam dalam Islam

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam
Hadith:

DARIPADA Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam.

2. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.

3. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
hormat menghormati tu sepatutnya budaya mereka yg mengamalkan Islam..tapi entahlah.. kalau kita rajin2 keluar negara..rasa malu dgn mereka yg menyembah tuhan lain lebih mesra sesama manusia yg lain berbanding mereka yg mengaku umat Muhammad saw......
 
kalau kita gi ke Mekah,Madinah bila kita berjalan kaki ada je yg memberi salam
 
Back
Top
Log in Register