BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RWMF Kekal Festival Muzik Bertaraf Dunia, Tarik Ribuan Pengunjung

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

RWMF Kekal Festival Muzik Bertaraf Dunia, Tarik Ribuan Pengunjung​

78ac2c2819940919d77dd3255685f5046855316082e1d

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) ke-29 terus mendapat sambutan memberangsangkan apabila ribuan pengunjung membanjiri lokasi festival, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai acara muzik dan pelancongan bertaraf antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kejayaan festival itu membuktikan RWMF kekal sebagai antara acara muzik dunia paling dinanti-nantikan, selain menjadi platform penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi Sarawak.

Beliau berkata kerajaan negeri optimis sambutan terhadap festival itu akan terus meningkat menjelang penganjuran edisi ke-30 pada tahun depan, yang dijangka diraikan dengan lebih meriah bersempena dengan ulang tahun penting festival berkenaan.

"Tahun depan, kita akan meraikan ulang tahun ke-30 RWMF, dan saya tahu bahawa festival ini sememangnya sangat terkenal di seluruh dunia.

" … festival ini berada dalam kelompok 20 festival muzik terbaik di dunia," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian RWMF 2026 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong malam ini.

Beliau berkata pengiktirafan terhadap festival itu selama ini membuktikan keupayaannya menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa.

Tinjauan Bernama pada hari pertama RWMF berlangsung, menyaksikan suasana meriah apabila ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri Kampung Budaya Sarawak bagi menikmati persembahan muzik, budaya serta keunikan warisan etnik yang ditampilkan.

Festival yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini itu akan berlangsung hingga Ahad.

Pada sebelah petang, pengunjung mula memenuhi kawasan festival untuk mengikuti pelbagai aktiviti interaktif, termasuk bengkel muzik tradisional, persembahan kebudayaan dan jualan hasil kraf tempatan sebelum kemuncak persembahan artis dari pelbagai negara pada waktu malam.

 
Back
Top
Log in Register