BTC USD 82,121.4 Gold USD 4,088.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Rice selamatkan Arsenal di Munich

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
14,537
Joined
Jun 13, 2023
Messages
14,537
Reaction score
291
Points
146

Rice selamatkan Arsenal di Munich​

ARSENAL mengelak kekalahan apabila bangkit mengikat Bayern Munich 2-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Allianz Arena, awal pagi Khamis.

Jaringan Declan Rice pada minit ke-82 memastikan skuad kendalian Mikel Arteta membawa pulang satu mata selepas Bayern mendahului 2-1 menerusi jaringan penalti Harry Kane pada minit ke-61.

Keputusan itu turut mengekalkan rekod tanpa kalah kedua-dua pasukan dalam saingan peringkat liga musim ini.

Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Eberechi Eze pada minit ke-25 selepas menyudahkan hantaran Martin Odegaard, sekali gus memberikan kelebihan kepada pelawat.

Bagaimanapun, Bayern hanya memerlukan 10 minit untuk menyamakan kedudukan apabila Alphonso Davies menyudahkan hantaran Kane pada minit ke-35.

Kane kemudian meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-61 selepas bola terkena tangan pertahanan Arsenal, Jurrien Timber di dalam kotak penalti.

Ketika Bayern dilihat semakin hampir meraih kemenangan, Rice muncul penyelamat Arsenal apabila menyudahkan gerakan pantas hasil bantuan Viktor Gyokeres untuk mengikat kedudukan.

The Gunners berpeluang meraih tiga mata apabila Timber melepaskan percubaan pada masa kecederaan, namun penjaga gol Manuel Neuer bertindak cemerlang menafikan peluang itu.

Keputusan seri tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan meneruskan permulaan tanpa kalah dalam kempen Eropah musim ini.

Artikel Berkaitan:
PSG buktikan status selaku juara Eropah
FC3 Club kembali ke Malaysia, cabar Selangor FC Legends dalam aksi amal
Proses kiraan undi awal PRN Negeri Sembilan hanya dilaksana pada 1 Ogos - SPR

Dari sudut individu, Kane terus membuktikan ketajamannya ketika berdepan Arsenal apabila meledak gol ke-16 menentang kelab London itu sepanjang kariernya. Leicester City kekal sebagai pasukan yang paling kerap dibolosi Kane dengan 20 gol.

Penyerang England itu turut mencatat rekod menjaringkan gol dalam 10 penampilan berturut-turut Liga Juara-Juara, menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo yang pernah melakukannya antara Jun 2017 hingga April 2018.

Bagi Arsenal, jaringan Eze membawa makna tersendiri selepas pemain itu terpaksa mengambil peranan lebih awal susulan kecederaan Bukayo Saka.

Rice pula meledak gol keenamnya dalam Liga Juara-Juara, selain jaringan pertamanya dalam aksi di tempat lawan bagi pertandingan berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register