RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
David telah melamar girlfriendnya, Nadja selepas graduation dan mereka berkahwin. Selepas setahun setengah berkahwin, hubungan mereka menjadi renggang sebab selalu bergaduh dan jarang ada masa terluang kerana masing2 sibuk dgn kerja dan Nadja pula masih sibuk belajar utk jadi doktor. Nadja dapati dia pregnant dah merahsiakan dari David.
Derang ada seorang jiran baik, nama Tomas. Nadja bercerita kepada tomas tentang kandungannya. Tomas mendakwa yang Nadja dan David akan menjadi ibu bapa yang baik. Tomas juga pernah kehilangan anaknya satu masa dulu.
David surprise Nadja dgn camping trip. Untuk menjernihkan hubungan mereka, masing2 setuju utk pergi camping trip ditemani anjing mereka, Boris.
Ketika dalam perjalanan dan berhenti utk mengisi minyak, mereka terserempak dgn dua beradik lelaki, Jarmo dan Rolle penduduk tempatan. Perwatakan derang ni agak kasar tapi sebenarnya derang ni tak jahat (Nadja dan David sangka derang jahat). David terjumpa bangkai mayat haiwan di belakang truck Jarmo dan membuat spekulasi sendiri. Ketika beredar, David terlanggar sedikit bumper truck Jarmo dan cepat2 beredar dari situ.
Keesokannya, kereta David pula dicalarkan. Tiada bukti, Nadja telah menuduh Jarmo dan Rolle. Tanpa usul periksa, Nadja mencalarkan balik truck Jarmo dan kantoi oleh kedua beradik. Derang terkejut dan bertanya kenapa calarkan truck mereka? Nadja dan David terus lari dan memandu menuju ke camping site.
Malam pertama mereka di camping, tiba2 ada red dot dkt dinding camping. Mula2 derang ingat ada orang nak prank, rupanya red dot laser dari rifle. Walaupun tak nampak siapa, David dan Nadja mengesyaki yang dua beradik lelaki tu yang mengejar mereka hingga ke situ utk membalas dendam.
Bermulala adegan kejar mengejar dan tembakan ke arah David dan Nadja, sehingga anjing mereka, Boris dibunuh. Malam tu pulak kebetulan ada ribut salji.
Siapa sebenarnya dua beradik lelaki tu?
Siapa sebenarnya yang nak bunuh David dan Nadja?
Dapatkah David dan Nadja survive ribut salji dan turun dari bukit?