BTC USD 82,707.5 Gold USD 4,118.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ratu ular cilik

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
IA mungkin menjadi satu-satunya bilik darjah yang setiap murid walaupun duduk di barisan belakang tidak akan leka.

Dalam keadaan beberapa meter dari ular yang sungguh berbisa, setiap murid perlu memberi tumpuan sepenuhnya.

Rekha Bae berusia enam tahun, sama seperti kanak-kanak di kalangan 600 suku kaum Vadi, mula diperkenalkan kepada ular tedung pada usia dua tahun.

Setiap kanak-kanak kaum itu akan menamatkan pengajian mereka selepas 10 tahun dengan yang lelaki akan menjadi pemain ular mahir.

Dengan dibahagikan mengikut jantina, aksi bermain ular dengan seruling tradisional adalah peranan kaum lelaki sementara wanita Vadi menjaga ular itu, termasuk memberi makan sekiranya suami, abang atau adik lelaki tidak ada di khemah.

“Latihan bermula pada usia dua tahun. Kanak-kanak itu akan diajar cara purba untuk menjinak dan bermain dengan ular sehingga mereka boleh memainkan peranan masing-masing dalam masyarakat kami,” kata ketua pemain ular yang juga ketua kaum Vadi, Babanath Mithunath Madari, 60.

“Pada usia 12 tahun, kanak-kanak itu akan mengetahui semua yang mereka ingin tahu mengenai ular. Ketika itu, mereka sudah boleh bersedia untuk meneruskan tradisi suku kaum Vadi, yang terjalin sepanjang lebih 1,000 tahun lalu dengan seorang maharaja terkenal India.

Suku kaum Vadi yang juga terkenal kerana kehidupan berpindah-randah mereka di negeri Gujarat, berbangga untuk dikaitkan dengan ular berbisa.

Kaum itu yang tidak pernah tinggal di satu tempat lebih daripada enam bulan mempunyai kaitan mitos dengan ular, khususnya ular tedung.

“Sebelah malam, kami akan berkumpul mengelilingi khemah di padang pasir terbuka dan menceritakan kepada anak kami bahawa nenek moyang kami ada hubungan dengan Naga, Tuhan ular.

“Kami menjelaskan kepada mereka mengapa kami hanya mengambil ular dari habitat asalnya untuk tujuh bulan sahaja. Lebih lama daripada tempoh itu bermakna kami sudah tidak menghormati ular berkenaan, tanpa mengambil kira hubungan rapat yang terjalin antara pemain ular dengan ular berkenaan. Yang penting, dedua-duanya saling percaya mempercayai mengenai keperluan kehidupan masing-masing,” kata Madari.

Ular tedung itu diberi makan campuran herba yang menurut Madari boleh menyebabkan bisa ular itu tidak berkesan.

“Kami tidak memotong taringnya kerana ia perbuatan kejam. Kami juga tidak mengancam mereka kerana menganggap mereka seperti anak kami,” kata Madari lagi.

Beliau berkata, sepanjang tempoh dia bersama-sama ular, daripada kanak-kanak hingga sekarang, dia hanya mendengar satu kes sahaja mengenai lelaki Vadi dipatuk ular kerana dia menyimpan ular itu menjangkau tujuh bulan.

Sejak permainan ular diharamkan pada 1991, kaum itu berdepan dengan tekanan daripada pihak berkuasa negeri dan juga kerajaan India.

“Anggota polis sering memaksa kami menanggalkan pakaian untuk mencari ular setiap kali kami ditahan,” kata Madari.

Buat masa ini mereka menetap 25 kilometer dari bandar Rajkot dan setiap kali cuba memasuki bandar itu untuk mendapatkan makanan atau sebotol air, penduduknya mengusir mereka.

“Ia mengecewakan saya kerana bandar adalah tempat kelahiran bapa negara kami, Mahatma Gandhi. Saya percaya jika Gandhi masih hidup, dia tidak akan menyekat kami daripada meneruskan tradisi nenek moyang kami.

“Golongan kaya India sekarang tidak mempunyai masa lagi untuk penduduk miskin,” katanya.

ratu.jpg
 
Back
Top
Log in Register