BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raiz invest - kerjasama dgn PNB

fms

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,204
Joined
Feb 10, 2007
Messages
21,204
Reaction score
480
Points
141
Raiz Malaysia Sdn Bhd ("Raiz Malaysia") (201801021108) (1283127-W) adalah syarikat usaha sama antara Raiz Invest Australia Limited ("Raiz") dan Jewel Digital Ventures Sdn Bhd ("Jewel").

Raiz, sebelumnya Acorns Grow Australia, adalah anak syarikat Raiz Invest Limited yang tersenarai ASX, yang dikawal selia dan diawasi oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia ("ASIC"). Ia adalah platform perkhidmatan kewangan pertama yang terbesar di Australia yang direka untuk meningkatkan pelaburan dan simpanan di dalam dan di luar penyeliaan, yang tersedia melalui aplikasi Raiz atau laman webnya.

Sejak dilancarkan pada tahun 2016 di Australia, Raiz telah mencapai pertumbuhan yang pesat, mengumpulkan lebih dari 1.15 juta muat turun, lebih dari 791.000 pendaftaran, dengan lebih dari 211.000 pelanggan bulanan aktif dan lebih dari AUD444 juta dana di bawah pengurusan pada 31 Disember 2019.

Jewel adalah anak syarikat milik penuh PNB Equity Resource Corporation Sdn Bhd ("PERC"), yang pada gilirannya dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad ("PNB") (www.pnb.com.my). PNB adalah salah satu syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan berjumlah RM312 bilion (pada 31 Disember 2019) di seluruh 14.3 juta pemegang akaun.

Invest_spare_change_without_starbucks.png


Promosi sehingga 30 September 2020..Bole dpt RM10 walau labur RM5 shj jika berdaftar dgn referer..

sila wasap 018-7878060 utk bantuan..
 
aku install.. lepas tu buang semula... nak debit card plak.. mengarut
 
Raiz Menutup Akaun Semua Pengguna Di Malaysia - Baki Akan Di Keluarkan Secara Automatik

Raiz Malaysia hari ini menutup semua akaun dibawah mereka, dan sebarang baki akaun yang masih terdapat dalam akaun akan dikeluarkan secara automatik, dan dimasukkan ke Akaun Pengeluaran yang telah ditetapkan oleh para pengguna.

Raiz-Malaysia-1-950x532.jpg.webp


Langkah ini adalah lanjutan daripada pengumuman pihak Raiz yang menamatkan operasi mereka di Malaysia. Sejak awal bulan September ini, pengguna sudah tidak lagi boleh melakukan pelaburan dan menukar porfolio pelaburan pada Raiz Malaysia, dan hari ini semua akaun ditutup secara automatik. Bergerak kehadapan, bermula 16 Oktober 2024 kelak, semua akaun Raiz di Malaysia tidak lagi boleh diakses.​
 
Back
Top
Log in Register