BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia roti canai

kalo order roti canai.... xder free teh tarik ker.. :D
 
Bagi aku jarang ler order ROTI CANAI dan TEH TARIK ni. Kalau nak makan pun tengok tempat dan keadaan lah…Sebab aku ada cerita untuk di kongsi hehehe :D

ROTI CANAI VS ROTI PIJAK
Cerita dipetik dari kawan kepada kawan punya bapa punya kawan lah…Kawan tu memang selalu sembahyang subuh di masjid berdekatan rumah sewa nya. Setiap kali ke masjid pada waktu subuh dia mesti melintasi di depan sebuah kedai mamak dan setiap kali balik dari mesjid pula dia mesti singgah sarapan Teh Tarik dan Roti Canai. Pada satu pagi subuh dia secara tak sengaja pula lalu di belakang kedai mamak tu….tapi dia hairan dengan bunyi bising yang datang dari belakang dapur kedai tu lalu dia pun intip lah apa yang berlaku….:shock: Alang kah terkejut nya …dia melihat seorang wanita Pilipina memakai sarung sedang ashik dengan kerja nya memijak tepung didalam bekas aluminium untuk menggaul roti canai….

TEH TARIK VS TEH TIUP
Cerita dari pengalaman ex boss aku… Pada suatu pagi dia dan 2 orang rakan pergi kekedai mamak untuk sarapan. Setelah duduk di dalam kedai tu mereka semua nya order lah apa yang nak dimakan dan di minum… Ex boss aku pula order Teh tarik. Sementara tu ex boss aku ni pergi lah ke tandas dan tandas tu biasa lah selalu nya melintasi dapur kedai kopi…Semasa dia keluar dari tandas tanpa disedari oleh si Mamak dia terlihat si Mamak sedang meniup Teh dalam gelas menggunakan mulut nya dengan straw supaya Teh itu berbuih….Apa lagi mereka pun cabut lah dari kedai tu dan si mamak pun terpingah2….
:-D :-D

Oleh itu kalau anda nak minum teh tarik pastikan tukang buat teh itu boleh dilihat semasa dia buat teh tarik. Dan kalau nak makan roti canai pula...cuba lah jeling2 mata tu kat dapur adakah mesen pengaul tepung...kalau tak de ermm pikir2 lerrr... bukan senang nak gaul tepung dengan tangan beb...kalau tak caye korang cuba lah gaul tepung sekilo ngan tangan...mungkin bulu ketiak pun tercabuttt bebbbb.... :-D :-D :-D
 
Back
Top
Log in Register