BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pyongyang lancar tujuh lagi peluru

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
04/07/2009 6:20pm


SEOUL 4 Julai - Korea Utara melancarkan tujuh peluru berpandu balistik dari perairan sebelah timur negara itu hari ini yang dilihat sebagai mesej penentangan terhadap Amerika Syarikat (AS) yang meraikan Hari Kemerdekaan.

Pelancaran itu dibuat dua hari selepas Pyonyang melancarkan ujian melibatkan empat peluru berpandu jarak dekat yang mengeruhkan lagi keadaan serantau ketika AS cuba mendapatkan sokongan ramai untuk mengenakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara komunis itu berikutan ujian nuklearnya pada Mei lalu.

Ketua Turus Korea Selatan berkata, tiga peluru berpandu dilancarkan awal hari ini, peluru berpandu keempat pada waktu tengah hari dan yang kelima pada pukul 2.50 petang (pukul 1.50 petang waktu Malaysia).

Peluru berpandu keenam pula dilancarkan pada pukul 410 petang (pukul 3.10 petang waktu Malaysia) manakala yang ketujuh pada pukul 5.40 petang (pukul 4.40 petang waktu Malaysia).

Agensi berita Yonhap memetik pegawai tentera sebagai mengenal pasti peluru berpandu itu adalah dari jenis Scud. Pihak tentera Korea Selatan menyatakan, Scud milik Korea Utara adalah untuk jarak dekat.

Korea Utara dilarang melancarkan Scud, peluru berpandu jarak sederhana atau peluru berpandu jarak jauh di bawah resolusi yang mengharamkan sebarang pelancaran menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.

Seorang pegawai kanan Presiden memberitahu pemberita bahawa peluru berpandu yang dilancarkan hari ini dipercayai mampu mencapai sasaran kurang dari 500 kilometer.

“Ketenteraan kami bersedia sepenuhnya untuk mengatasi sebarang ancaman dan provokasi Korea Utara berdasarkan kerjasama kuat dalam langkah pertahanan Korea Selatan-AS,” demikian menurut kenyataan Ketua Turus.

Agensi berita Korea Utara bagaimanapun tidak melaporkan berita pelancaran empat peluru berpandu jarak dekat tersebut. – AP
 
Back
Top
Log in Register