BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Pinang Lantik PwC Sebagai Perunding Penubuhan PIFC

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Pulau Pinang Lantik PwC Sebagai Perunding Penubuhan PIFC​

4518c1a9de799b9e1a25c7429c79e3d168cd287fb571a

Chow Kon Yeow

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melantik PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) sebagai perunding bagi menyediakan kertas putih, rangka kerja strategik (blueprint) dan pelan tindakan untuk Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas PIFC bersetuju melantik PwC dengan surat pelantikan diserahkan pada 15 Jun dan syarikat itu telah mengembalikan Surat Setuju Terima (SST) sebagai persetujuan terhadap semua terma serta syarat pelantikan.

“Menerusi lantikan itu, PwC diberi tempoh keseluruhan 20 minggu untuk menyiapkan tiga dokumen utama yang bakal menjadi asas penubuhan dan pembangunan PIFC, iaitu kertas putih PIFC yang memperincikan rasional strategik, rangka kerja kawal selia serta menentukan hala tuju ke arah penubuhan PIFC.

“Seterusnya rangka kerja strategik yang merangkumi struktur tadbir urus, kesediaan institusi, keperluan infrastruktur dan insentif serta struktur tumpuan perkhidmatan kewangan yang akan membentuk PIFC.

“Dokumen ketiga ialah pelan tindakan PIFC yang bakal memperinci pelaksanaan secara berperingkat, termasuk tindakan tanggungjawab, petunjuk prestasi utama (KPI) serta struktur akauntabiliti bagi mengoperasikan PIFC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chow berkata dalam mesyuarat 17 Julai, PwC telah membentangkan laporan kemajuan penyediaan kertas putih untuk semakan pihak jawatankuasa dan berdasarkan dapatan awal daripada kajian serta pembentangan itu, rasional utama penubuhan PIFC dijajar selaras dengan teras ekonomi Pulau Pinang, iaitu rantaian elektrik dan elektronik (E&E) global.

Beliau berkata kelebihan itu secara tidak langsung akan membuka peluang kepada Pulau Pinang untuk terus memacu inovasi dalam industri berkaitan sekali gus menyuntik impak kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Chow berkata bagi memastikan pembangunan PIFC tersusun dan telus, PwC dimohon mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk rakan strategik, pemain industri tempatan serta antarabangsa, pihak berkuasa kawal selia, ahli akademik dan semua pemegang taruh berkaitan.

Ia bagi memastikan cadangan yang dibangunkan bersifat menyeluruh, berdaya laksana serta selaras dengan strategi pembangunan ekosistem teknologi negara.

 
Back
Top
Log in Register