BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program tajaan tunai CG untuk majlis/perjumpaan berbuka puasa sepanjang Ramadhan

Dann

Administrator
gem
Messages
3,582
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,582
Reaction score
2,189
Points
111
Pihak CariGold.com amat menitikberatkan hubungan erat sesama ahli. Oleh itu, untuk mengeratkan hubungan silaturrahim ini, kami menggalakkan semua ahli membuat perjumpaan/gathering berbuka puasa di seluruh negara. Sedikit 'sponsorship' akan diberikan oleh pihak kami secara percuma kepada ahli-ahli supaya dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi untuk menganjurkan perjumpaan ini.

Tajaan tunai ini adalah merangkumi :
10% dari harga kos berbuka puasa untuk seorang dewasa
3% dari harga kos berbuka puasa untuk seorang kanak-kanak



Berikut adalah terma & kelayakan untuk mendapatkan tajaan tunai CariGold.com bagi sesuatu majis/gathering :-
  • Anda mestilah seorang ahli genuine CariGold.com
  • Harga kos maksimum yang layak untuk tajaan bagi sesuatu majlis : RM50 seorang (tidak termasuk cukai kerajaan & perkhidmatan)
  • Minimum penyertaan ahli bagi sesuatu majlis - 20 orang dewasa
  • Semua majlis/gathering berbuka puasa adalah merangkumi di dalam negara Malaysia di seluruh negeri.
  • Penganjur yang berminat mesti membuka topik & membincangkan perkembangan gathering di SINI. Penganjur gathering sekurang-kurangnya mestilah dikenali oleh beberapa rakan lain di dalam forum. Selepas sesuatu majlis selesai, penganjur & ahli adalah digalakkan meletakkan gambar semasa majlis/gathering berlangsung.
  • Tajaan tunai ini adalah untuk sekali sahaja untuk seorang ahli CariGold.com (siapa tipu dosa :) )
  • Tajaan tunai dibuat selepas majlis/gathering selesai. Resit bercetak wajib disertakan. Sila hubungi kami di sini untuk 'claim' tajaan tunai.

Diharap dengan program tajaan tunai ini dapat menambahkan lagi perjumpaan antara ahli seluruh negara di samping dapat menguatkan lagi semangat setiakawan antara kita samada di dalam mahupun di luar forum komuniti.
 
Back
Top
Log in Register