BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPM Rampas Minuman Keras, Rokok Putih Seludup Nilai Lebih RM3.53 JutaÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PPM Rampas Minuman Keras, Rokok Putih Seludup Nilai Lebih RM3.53 JutaÂ​

4f20de484daf75f9bcfaa13793367e036a3fa44b783b2

Kredit foto : PPM Wilayah 3 Pengkalan Kubor

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas minuman keras dan rokok putih seludup bernilai lebih RM3.53 juta menerusi dua operasi berasingan di Pasir Puteh dan Pasir Mas, kelmarin dan semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Mohd Khairuddin Jamal berkata operasi pertama dijalankan hasil maklumat awam apabila anggota bot ronda menyerbu sebuah bot nelayan tempatan Kelas C2 di Jeti Tok Penghulu, Sungai Semerak, Tok Bali, Pasir Puteh, kira-kira 12.30 tengah malam, Khamis lepas.

Beliau berkata vesel berkenaan yang dipercayai mempunyai lesen tamat tempoh dan tidak lagi aktif menjalankan aktiviti perikanan, disyaki dijadikan tempat penyimpanan barangan seludup.

“Hasil pemeriksaan menemukan 50 karton minuman keras dengan anggaran kuantiti 396 liter. Nilai rampasan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM1,517,549.50.

“Seorang penjaga lokasi, iaitu warga asing tanpa dokumen berusia lingkungan 40-an, turut ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata   dalam operasi kedua semalam, sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah Tiga mengesan sebuah lori satu tan dan sebuah kereta yang bergerak dalam keadaan mencurigakan di kawasan Salor, Pasir Mas.

Beliau berkata kedua-dua kenderaan itu terbabas di bahu jalan selepas dikejar sejauh kira-kira 16 kilometer hingga ke Ketereh, Kota Bharu, namun suspek berjaya melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua kenderaan itu menemukan sebanyak 976,800 batang rokok putih yang dipercayai diseludup.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kedua-dua kenderaan yang digunakan dalam kegiatan itu dianggarkan RM2,014,464,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register