Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,780
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,780
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
PolyCC Perak Zahir Solidariti, Sokong Usaha Kemanusiaan Bantu Gaza
Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Perak terus menzahirkan solidariti terhadap rakyat Palestin dengan menyokong usaha kemanusiaan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam membantu rakyat Gaza yang berhadapan penderitaan akibat krisis kemanusiaan berpanjangan.
Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam kenyataan memaklumkan solidariti bukan sekadar sokongan moral, malah menjadi usaha untuk memupuk nilai kemanusiaan, keprihatinan serta kesedaran dalam kalangan warga institusi terhadap nasib masyarakat yang terkesan akibat konflik dan krisis kemanusiaan.
PUO memaklumkan penganjuran Program Hi Tea Kemanusiaan “Bersama-sama Membina Gaza” anjuran MyCARE Perak di sini semalam juga menjadi platform untuk menyemarakkan kesedaran dan solidariti terhadap rakyat Palestin serta menggalakkan sokongan berterusan kepada usaha bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Program itu menghimpunkan individu, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, dan turut dihadiri Pengarah PUO Dr Salmi Che Meh mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bersama-sama pengarah serta wakil pengarah institusi PolyCC Perak.
Pengurus Besar MyCARE Palestin Dr Ziad M.M. Shehada dalam perkongsiannya menyampaikan mesej harapan rakyat Palestin untuk terus bertahan dan meneruskan kehidupan selain menjelaskan realiti di Gaza susulan krisis kemanusiaan yang berpanjangan.
Pengerusi MyCARE Malaysia Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha turut berkongsi pengalaman serta usaha berterusan MyCARE dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza hasil sokongan dan solidariti rakyat Malaysia.