BTC USD 82,838.8 Gold USD 4,171.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik Dikir Barat

bace lagi:

Abdullah serah jawatan Menteri Kewangan 1 kepada Najib
17/09/2008 2:32pm

PUTRAJAYA 17 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyerahkan jawatan Menteri Kewangan 1 yang disandangnya kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa serta merta - Bernama

apa macam ni????
 
sk_01_big.jpg
 
Tinggal angan-angan

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 16 September hari ini akan menjadi tarikh penubuhan kerajaan baru ternyata satu pembohongan,Tidak ada apa-apa berlaku pada hari ini.

Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara ini.

Rata-rata orang ramai, pemimpin politik dan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai individu yang sengaja mencetuskan suasana politik huru-hara dalam negara.
 
Tiada anggota Parlimen di Sarawak berminat lompat parti
17/09/2008 11:40am

MIRI 17 Sept. — Anggota Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang hari ini menyangkal dakwaan Pakatan Rakyat kononnya sejumlah anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sarawak akan menyertainya.

Beliau berkata oleh kerana semua 30 anggota Parlimen BN di Sarawak telah menyatakan kesetiaan mereka kepada parti pemerintah dan pucuk pimpinan sedia ada, tiada sebab untuk rakyat mempercayai dakwaan itu.

“Tiada siapa (daripada Pakatan Rakyat) menghubungi saya dan mereka tidak akan berbuat demikian kerana saya secara terbuka telah menyatakan kesetiaan saya kepada Barisan Nasional dan pucuk pimpinan sedia ada,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya bagi dirinya, tiada anggota Parlimen BN di Sarawak berminat untuk menyertai Pakatan Rakyat dan apa juga dakwaan yang dibuat oleh pembangkang hanya merupakan gimik politik.

Malahan jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan tanpa pembabitan anggota Parlimen BN Sarawak, ia akan menjadi sebuah pentadbiran yang lemah kerana ia tidak mempunyai cukup pengetahuan dan pengalaman untuk mentadbir negara, katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Lawas Henry Sum Agong menganggap dakwaan lompat parti itu sebagai “cerita lama yang telah tamat tempoh”.

Beliau berkata Pakatan Rakyat sepatutnya menghentikan perbuatan membuat dakwaan seperti itu kerana ia bukan sahaja mencemarkan maruah anggota Parlimen dari Sarawak tetapi juga menjejaskan imej Malaysia.

Taktik yang digunakan oleh pembangkang itu merupakan permainan politik yang menggambarkan anggota Parlimen sebagai satu komoditi dan memperlekehkan amanah rakyat secara menyeluruh, katanya.

Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing melabelkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “penipu” bagi cakap-cakap kosongnya untuk membentuk kerajaan.

Katanya Anwar tidak bersikap telus dan demokrasi apabila enggan mendedahkan senarai nama mereka yang didakwanya akan berpaling tadah menyertai Pakatan Rakyat.

— BERNAMA
 
politik dikir barat dah nak bermula....

Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara
17/09/2008 4:50pm

PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing. - BERNAMA.
 
news dari harakah daily xder ker??:D:D:p
 
news dari harakah daily xder ker??:D:D:p

Abdullah serah kuasa, Najib kini Menteri Kewangan
Harakahdaily
Wed | Sep 17, 08 | 3:18:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan menyerahkannya kepada Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Bernama melaporkan,Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa pertukaran portfolio tersebut berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, kata Abdullah, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.
 
Tempoh peralihan kuasa tetap 2010
17/09/2008 2:28pm

PUTRAJAYA 17 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 yang ditetapkan sebelum ini - Bernama

Pelan peralihan mungkin dilaksanakan lebih awal - PM
17/09/2008 5:13pm

PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.

“Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Najib.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.

Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010.” Sambil menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember. - BERNAMA.
 
biasa la puak2 amno... cari pitis

biasa tu biasa la...negara nak kne gadai pon masih duduk diam ka? ni lah sifat2 manusia tongkol kayu yg xde rase dan maruah dari titih leluhur yg bersifat pahlawan...:p :p :p
 
Back
Top
Log in Register