BTC USD 84,525.1 Gold USD 4,261.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihlah Aku!

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
TAIPING 19 Jan. – Walaupun tarikh pilihan raya umum belum lagi diketahui dan masih menjadi teka- teki, namun sudah terdapat gerakan pihak tertentu melobi pemimpin atasan semata-mata mahu merebut jawatan Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menganggap ia sebagai perkara biasa lebih- lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir.

“Dalam politik semua orang mesti ada cita-cita besar tersendiri, jadi kerja lobi melobi untuk menjadi Menteri Besar adalah perkara biasa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Zon Utara Perak di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Tajol berkata, beliau menyerahkan kedudukannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada bertanding semula atau sebaliknya pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya.

Mohd. Tajol yang juga Pengerusi BN Perak berkata, setiap pemimpin politik tidak mempunyai kedudukan yang terjamin dan pucuk pimpinan parti mempunyai kuasa penuh untuk membuat sesuatu pemilihan.

Jelas beliau, dalam hal itu, Perdana Menteri adalah ibarat pengurus bagi sebuah pasukan bola sepak dan boleh menukar mana-mana pemain yang dirasakan perlu bagi memastikan kemenangan.

“Kita dalam politik pun begitu juga, kita terima sahaja keputusan pucuk pimpinan sebab itu adalah strategi untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, perjumpaan BN Zon Utara Perak itu melibatkan lima bahagian iaitu Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Bukit Gantang dan Larut.

Beliau menjelaskan, semua jentera pilihan raya BN di kawasan terbabit adalah dalam keadaan terbaik kecuali di bahagian Taiping yang perlu diselaraskan dari segi gerak kerja.

“Buat masa ini parti-parti komponen BN di Taiping membuat kerja masing-masing tanpa penyelarasan, jadi kita telah buat keputusan dan berharap selepas ini mereka boleh bekerja dengan lebih teratur,” jelas beliau.

KALAU ZAMAN LEPAS NABI MUHAMMAD S.A.W WAFAT SEMUA ORANG TOLAK TAWARAN JADI KHALIFAH...ZAMAN ISLAM HAD HARI .... SAYA RASA TERPANGGIL UNTUK MENJAWAT JAWATAN INI...PILIHLAH SAYA

:(scam :(scam :(scam
 
cukup laa aku jadi khalifah dalam keluarga aku sendiri.

untuk menjadi pemimpin, bukan semudah yang disangka. zaman sekarang ramai nak jadi pemimpin sebab nak kemewahan dan nama. apa laa... :(
 
cukup laa aku jadi khalifah dalam keluarga aku sendiri.

untuk menjadi pemimpin, bukan semudah yang disangka. zaman sekarang ramai nak jadi pemimpin sebab nak kemewahan dan nama. apa laa... :(

MEMANG BETUL BROO........:(
 
Back
Top
Log in Register