BTC USD 80,428.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PIKACHU means....

gto_jones

Fun Poster
Messages
718
Joined
Feb 14, 2006
Messages
718
Reaction score
0
Points
10
aku dpt email ni dari sapa ntah...meh kita usha2. :!:

Assalamualaikum...........
Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).

contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.
Thanks and Best Regards,
B.Regards
Agus
Port Operation.
 
aku dapat ni plak bila search pokemon dan suryani. yang masa satu betul, yang mana satu salah.. wallahualam


Antara dua (2) masalah bangsa kita yang boleh memudharatkan adalah :-
1.) Cepat terikut-ikut
2.) Cepat percaya tanpa soal siasat

Di sini saya memuji saudara Salmi kerana membahasakan diri dengan "saya" dan bukan "watashiwa". Maklumlah Melayu ni kalau dah merantau dia berubah sikit. Kalau dah sampai ke negeri barat dia akan kata "I am hungry. I wanna eat". Kalau dah ke timur tengah pulak dia akan kata "Ana jau'an. Ana bahabba akla"

Sebenarnya "lughah Siryaniiyah" itu adalah bahasa Suryani atau Aramaic Timur iaitu bahasa Nabi Isa a.s. Kitab Injil yang asal juga diturunkan dalam bahasa ini. Saya rasa tak ramai orang yang masih tahu bahasa ini kecuali segolongan kecil orang Syria. Namun begitu perlu difahami bahawa bahasa Suryani adalah salah satu pecahan bahasa Semitic. Ini jugalah bahasa Nabi Ibrahim iaitu bahasa Ibrani atau Hebrew kuno. Dan perlu juga difahami bahawa bahasa Arab,Hebrew dan Suryani ini kesemuanya berasal dari satu rumpun jadi masih terlalu banyak persamaannya.

Jadi saya pelik bagaimana perkataan "POKEMON" boleh diterjemahkan kepada "SAYA YAHUDI" dalam bahasa Suryani sedangkan sepatutnya ia akan berbunyi begini - "ENA DEYEHOODIYA" (Perhatikan pula betapa hampirnya ini dengan bahasa Arab)

Begitu juga perkataan "CHARMANDER" yang kononnya bermaksud "ALLAH ITU LEMAH". Sepatutnya ia akan berbunyi "ILAHI AYTA KARHAT"

Kesimpulannya jangan kita main telan saja apa yang di dengar. Siasatlah dahulu.
 
melayu sensitip bila org sentuh isu ugama
jadi surat2 layang, email terbang, sms berantai ni la yg slalu buat onar
tak sedar ke bahasa melayu yg kita pakai pon banyak maksud kat bahasa2 lain, takder plak sesapa perasan
cuma kadang2 aku pikir benda2 gini kalo betul apasal tak usulkan ikut saluran yg betul
kenapa mesti email, sms n sebagainya
niat org2 yg sambung hantar2 ni mmg murni n terpuji but apa niat org yg memula create msg tuh

secebis pendapat
 
ako setuju yg tue..


Xda langsung termasuk dalam nama 99 nama Allah..mcm mana tue..ako pun hafal Asma ul Husna..

CHARMANDER>> xda langsung...
 
buat kajian terperinci dulu seblom buat kenyataan.....aku cume nasihat jer,jgn marah.... :)
 
anwaro00 said:
buat kajian terperinci dulu seblom buat kenyataan.....aku cume nasihat jer,jgn marah.... :)

ok gak tuh, ana nak bt kajian xsempat ler, mungkin ada ikhwah2 kiter yg free tlg bt research skit, mungkin ada PENEMUAN2 yg lagi mantaf atau yg sedarjah dgn topic2 mcm tuh...
Sapa yg 'tersempat' bt research tuh maklumi lah kami yek?
Jazakallahuhairan.. :D
 
Back
Top
Log in Register