BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH Sasar Pengundi Luar Di Kawasan Utara Johor - Dr Zaliha

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

PH Sasar Pengundi Luar Di Kawasan Utara Johor - Dr Zaliha​

687afd4e7a79845bd53598c57225473b6a3bd2b3046be

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pakatan Harapan (PH) menyasarkan pengundi luar, khususnya mereka yang berasal dari kawasan luar bandar di utara Johor untuk pulang dan menunaikan hak demokrasi pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata ketidakseimbangan ekonomi yang menjejaskan kawasan utara Johor secara sejarahnya telah mendorong bakat tempatan berhijrah dan pengundi luar kawasan ini perlu memilih kerajaan yang tepat bagi membangunkan tempat asal mereka.

“Kita perlu membawa pengundi luar ini kembali dan menyedarkan bahawa mereka juga perlu memainkan peranan dalam memilih kerajaan yang terbaik untuk Johor serta bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada “Ceramah Perdana Johor Ke Depan Undi Harapan” di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Zaliha tidak menganggap Parti Bersama yang baharu ditubuhkan sebagai ancaman kerana kehadiran parti itu pada PRN ini dilihat tidak begitu ketara.

“Mereka adalah serpihan daripada PH atau Keadilan. Jadi, parti itu masih baharu dan kita belum melihat banyak gerakan Bersama di lapangan.

“Saya fikir Keadilan masih dekat di hati rakyat kerana kami telah lama wujud sejak kira-kira 28 tahun lepas dan kini Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh Presiden kami (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai dengan penamaan calon pada 27 Jun dan pengundian awal pada 7 Julai.

 
Back
Top
Log in Register