BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa 23 Feb Hingga 28 Jun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
346317bb839555076dd9d07a4b2c844f699fdd8600557

Kredit: Laman Facebook Arkib Negara Malaysia

Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) menganjurkan Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026 dari 23 Feb hingga 28 Jun.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertandingan dengan tema “Negara Bangsa” terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah kebangsaan dan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Tema ini selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang turut mengangkat pembinaan negara bangsa sebagai antara tonggak utama pembangunan rakyat dan negara,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan pertandingan tersebut sebahagian daripada usaha meningkatkan semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda, terutamanya pelajar sekolah.

Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pemenang selain sijil penyertaan untuk peserta.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman media sosial rasmi ANM.

 
Back
Top
Log in Register