BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Tangguh Prosiding Persoalan Undang-Undang Na'imah Dibatalkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f3b39e39ec5be676ca6e084ab5f4717e678775b1980c4

Toh Puan Na'imah Khalid

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung prosiding bagi merumuskan persoalan undang-undang berhubung tuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapi Toh Puan Na’imah Abdul Khalid.

Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa pihaknya dan pasukan pembelaan yang diketuai peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar telah mencapai persetujuan berhubung perkara itu.

“Saya percaya kami telah mencapai persetujuan agar permohonan untuk merumuskan persoalan undang-undang di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 didengar di mahkamah ini.

“Kami juga bersetuju untuk menarik balik permohonan bagi menangguhkan prosiding serta permohonan untuk memindahkan prosiding berkenaan ke Mahkamah Tinggi yang lain,” kata Wan Shaharuddin semasa prosiding hari ini.

Gurdial turut mengesahkan perkara berkenaan di hadapan mahkamah.

Pendengaran itu pada asalnya dijadualkan berlangsung hari ini di hadapan Hakim Muniandy, namun beliau memaklumkan bahawa ia akan dipindahkan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh terdekat.

Wan Shaharuddin turut memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memberikan aku janji untuk menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan permohonan Na’imah untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 10 Nov ini untuk pengurusan kes.

Pada 21 Ogos lepas, Muniandy membenarkan permohonan Na’imah selepas mendapati persoalan undang-undang yang dibangkitkan bukan bersifat remeh atau penyalahgunaan proses mahkamah sebagaimana diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

 
besenya org have2 ni ada diorg punya Company Sect sendiri yg akan buat penyata akaun , jurnal, invois dll

jgn sampai LHDN dah datang or SPRM dah datang baru nak buat haiya...
 
Back
Top
Log in Register