BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 Dibuka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
8e065c89ee512970d983fb4b7d08977f695781603a060

a31e8490b35c90b704f96bcdba0ddcfc695781a60ebfd


Permohonan Fasa 1 bagi Dana Inovasi Media yang bertujuan memperkasakan ekosistem media negara melalui adaptasi teknologi dan pembangunan bakat, dibuka bermula 1 hingga 14 Jan depan.

Kementerian Komunikasi menerusi hantaran dalam Facebook hari ini, memaklumkan permohonan dana pembiayaan itu terbuka kepada organisasi media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia dan petugas yang memegang Kad Perakuan Media.

“Pembiayaan merangkumi empat skop utama, iaitu latihan media untuk peningkatan kemahiran warga media dan teknologi yang merangkumi perisian serta adaptasi teknologi terkini.

“Selain itu, skop peralatan bagi pembelian atau sewaan peralatan teknikal dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) meliputi inovasi kandungan termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI),” menurut hantaran itu.

Menurut kementerian itu, bagi skop latihan ia merangkumi latihan teknologi atau metodologi baharu, kos penganjuran atau penyertaan pekerja, manakala skop teknologi pula melibatkan pembiayaan bagi perisian audio, video, AI, automasi atau grafik yang menyokong penghasilan kandungan.

Skop peralatan, perkakasan dan kemudahan sokongan meliputi pembiayaan bagi kamera, komputer, audio, studio kecil, server dan peralatan ICT yang lain, manakala R&D kandungan melibatkan pembiayaan kajian pembangunan kandungan inovatif termasuk penggunaan AI dan teknologi baharu.

Borang permohonan kini boleh dimuat turun menerusi https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my.

Menurut hantaran itu, borang permohonan lengkap boleh dihantar menerusi serahan tangan kepada urus setia Dana Inovasi Media di Kementerian Komunikasi, Putrajaya atau melalui e-mel [email protected] sebelum atau pada 14 Jan.

 
Back
Top
Log in Register