eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Akibat tergesa-gesa melarikan diri, seorang penyamun ‘solo’ tercicir telefon bimbit miliknya dalam satu kejadian rompakan di sebuah rumah pasangan suami isteri di Kampung Puah, Jalan Setapak di sini, pagi semalam.
Difahamkan, lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjata sebilah pisau itu tidak perasan telefon bimbitnya tercampak ketika dia bergelut dengan mangsa sebelum lari menyelamatkan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, lelaki terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memecahkan mangga pintu belakang sebelum mengumpil pintu jeriji.
Ketika kejadian, mangsa berusia 40-an dan bekerja sendiri sedang nyenyak tidur di bilik tingkat atas rumah dua tingkatnya sebelum terkejut apabila isterinya di tingkat bawah memanggil namanya berulang kali.
Sejurus terjaga, lelaki terbabit panik apabila mendapati seorang lelaki berada dalam biliknya dengan isterinya diacukan pisau sebelum tangan dan kaki mereka berdua diikat menggunakan tali plastik.
Lelaki itu kemudian menyelongkar hampir keseluruhan rumah berkenaan dan melarikan wang tunai RM700 dan barang kemas.
Bagaimanapun, ketika kedua-dua mangsa dipaksa lelaki itu untuk turun ke tingkat bawah, si suami sempat mencapai sebatang kayu di tangga sebelum memukul lelaki berkenaan di kepala.
Akibat kejadian itu, berlaku pergelutan sebelum mangsa dipukul pula menggunakan kayu sama dan ditumbuk berkali-kali di muka.
Difahamkan, lelaki itu kemudian melarikan diri melalui pintu belakang dan pasangan berkenaan dikatakan menemui sebuah telefon bimbit dipercayai milik lelaki terbabit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 20-an disyaki memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang yang diumpil.
“Siasatan lanjut secara terperinci masih dijalankan dan polis masih menyiasat sama ada telefon bimbit ditemui mangsa adalah milik suspek berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 / 397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.