eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Beberapa peniaga haram berhampiran Hentian Puduraya di sini, bertempiaran lari apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melakukan lawatan kerja melihat perkembangan projek penyediaan kawasan istirehat penumpang di hentian itu, semalam.
Dipercayai, peniaga haram terbabit menjadi kelam-kabut berikutan menyangka pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan operasi membanteras kegiatan mereka.
Sementara itu, mengulas lawatan itu, Raja Nong Chik berkata, beliau berpuas hati dengan kerja membina ruang menunggu disediakan di tingkat dua hentian berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya sebelum sambutan Aidilfitri September ini.
“Ruang menunggu berhawa dingin ini mampu memuatkan 700 pengunjung pada satu-satu masa dan dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya gerai makanan, minuman dan kiosk apabila siap nanti.
“Kami menjangkakan apabila siap nanti, tempat menunggu ini memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya.
Turut serta dalam lawatan itu, Timbalannya, Datuk M Saravanan; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop.