Salam semua sekali lagi,
Komuniti Autosurf telah dilancarkan. Tetapi komuniti adalah lebih serius kerana ianya melibatkan wang iaitu e-currency sama ada e-gold, paypal, liberty reserve dan lain2. Tugas saya adalah untuk membuat penyusunan upline dan downline untuk ahli2 yang terlibat dengan komuniti ini mengikut kesesuaian referral program yang ditawarkan oleh program autosurf yang disertai. Objektif komuniti ini adalah untuk mewujudkan komuniti autosurf yang mempunyai misi yang sama di dalam kehidupan seharian kita iaitu membuat pendapatan sampingan di rumah tanpa perlu mengacau orang lain.
Saya gariskan beberapa yang YANG AMAT PENTING sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai komuniti autosurf ini :
1. Autosurf adalah program yang berisiko tinggi untuk disertai dan anda akan berkemungkinan kehilangan wang anda. Sekiranya semua ok dan berhasil, pulangannya juga agak tinggi.
2. Ahli mestilah mempunyai pengetahuan asas terhadap E-currency seperti E-gold, Paypal, Liberty Reserve dan lain-lain.
3. Ahli juga hendaklah mempunyai pengetahuan asas mengenai program autosurf sebelum ini. Sekiranya anda tiada pengalaman, sila buat kajian secara terperinci terlebih dahulu oleh anda dan memahami akan konsep serta risiko yang terlibat.
4. Tiada jaminan sesuatu program autosurf akan bertahan lama tetapi admin akan cuba yang terbaik untuk memperkenalkan program2 yang jujur dan berbayar.
5. Keputusan menyertai komuniti ini adalah di tangan anda, tidak disuruh atau dipaksa oleh admin serta dipengaruhi oleh orang lain. Kaputusan anda buat sendiri, dan anda sendiri yang menanggung kerugian atau keuntungan.
6. Jangan menyalahkan sesiapa sekiranya anda rugi disebabkan menyertai komuniti ini. Salahkan diri sendiri dan jangan buat kacau di dalam komuniti ini.
