BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggunaan MyKad, SKDS Kurangkan Ruang Ketirisan Bahan Api Bersubsidi - Armizan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,195
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,195
Reaction score
346
Points
141

Penggunaan MyKad, SKDS Kurangkan Ruang Ketirisan Bahan Api Bersubsidi - Armizan​

83f3a5158b030a28455f8d53bdd92f766a392fd8eac21

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali menjawab pertanyaan media pada Sidang Media Pelaksanaan Pembaharuan Penyasaran Subsidi Diesel di Kementerian Kewangan hari ini.

Pelaksanaan subsidi bersasar menerusi penggunaan MyKad dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) berjaya mengurangkan ketirisan bahan api bersubsidi walaupun masih terdapat beberapa aspek yang masih perlu diperkukuhkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata mekanisme itu berfungsi sebagai langkah pengurusan risiko bagi memastikan subsidi disalurkan kepada kumpulan sasar dan layak selain mengurangkan penyalahgunaan bahan api bersubsidi.

“Walaupun mungkin belum dapat menutup ketirisan secara menyeluruh dan masih ada ruang (ketirisan) yang wujud, pelaksanaan melalui penggunaan MyKad dan SKDS merupakan satu bentuk mekanisme pengurusan risiko yang membolehkan kita mengecilkan ruang ketirisan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena dengan pengumuman pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, di sini, hari ini.

Memetik statistik Ops Tiris 4.0, Armizan berkata ketirisan bahan api bersubsidi masih menjadi cabaran kerajaan terutama di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya, sepanjang operasi bersepadu yang dilaksanakan dari 16 Mac lepas sehingga semalam, sebanyak 71,601 pemeriksaan dan operasi penguatkuasaan telah dijalankan menerusi kerjasama rentas agensi penguatkuasaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 869 kes dikesan di seluruh negara, dengan 554 kes melibatkan bahan api. Daripada 554 kes itu, sebanyak 291 kes (bahan api) melibatkan kes di Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Armizan berkata walaupun ketirisan masih berlaku di Semenanjung menerusi pelbagai modus operandi oleh pihak tidak bertanggungjawab, pelaksanaan sistem penyasaran subsidi telah banyak membantu kerajaan mengurus risiko serta menutup sebahagian besar ruang ketirisan yang wujud.

 
Back
Top
Log in Register