BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri pulangkan motosikal, siap tayar baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
geli-pencuri.jpg

Gambar menunjukkan motosikal jenis Yamaha Aerox bersama tayar belakang baharu selepas dipulangkan kepada pemilik. - Facebook

JAKARTA – Seorang pencuri di Pemalang, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian ramai apabila memulangkan motosikal yang dicurinya bersama tayar baharu bernilai 500,000 rupiah (RM127) kerana bimbang diburu polis, lapor portal berita VIVA.

Suspek dilaporkan mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha Aerox milik seorang pelajar sekitar pukul sekitar pukul 3.15 (waktu tempatan) di SMA Negeri 1 Belik, Jumaat lalu.

Keluarga mangsa menyedari kejadian itu dan segera melaporkannya kepada polis.

Motosikal itu bagaimanapun ditemukan oleh penduduk setempat beberapa hari kemudian di Terminal Belik tanpa nombor pendaftaran.

Mereka juga terkejut apabila menemui sepucuk surat yang ditulis oleh pencuri.

“Ini motosikal yang hilang di SMA Negeri 1 Belik kelmarin. Saya sudah kembalikan tetapi tolong jangan buru saya, jangan tangkap saya. Saya menyesal kerana saya anak orang miskin dan tidak mahu masuk penjara. Tayar belakang saya sudah gantikan dengan baharu. Maaf sekali lagi dan jangan kejar saya,” tulis pencuri itu. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register