Skrg KT dah rajin wat keje...hehehehe...
Bil cukai pintu, air akan dihantar kepada Exco
Oleh: SANTHY MUTHALU
KUALA LUMPUR 15 Mac - Ketua pembangkang di Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, beliau akan membantu rakyat negeri itu mengumpul bil-bil cukai pintu dan air sekiranya kerajaan negeri yang baru tidak menurunkan caj seperti dijanjikan sebelum ini.
Bekas Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mendapat mandat mentadbir Selangor selepas menabur pelbagai janji kepada rakyat pada pilihan raya lalu, perlu memastikan ia dilaksanakan tanpa sebarang alasan.
"Rakyat Selangor tidak perlu membayar cukai pintu selagi kerajaan yang baru ini tidak menurunkannya sebanyak 20 peratus atau tidak perlu bayar bil air, selagi tiada pengecualian 20 meter padu yang pertama sebagaimana dijanjikan sebelum ini.
"Jika kerajaan baru gagal berbuat demikian, kami akan menghantar bil-bil tersebut ke rumah-rumah Exco baru yang bakal dilantik," katanya dalam satu temubual dengan NTV7 di sini hari ini.
Mohamad Khir turut menegaskan bahawa beliau tidak akan mengganggu tugas kerajaan baru malah mahu memastikan rakyat Selangor mendapat apa yang telah dijanjikan oleh mereka.
Menurut beliau, parti pembangkang telah menawarkan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mereka perlu mengotakan janji-janji itu.
"Ini merupakan 'kontrak sosial' yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan baru ini," ujarnya.
Kata beliau, BN juga akan membantu untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan oleh kerajaan baru pimpinan PKR itu yang sebelum ini berjanji untuk memberi perhatian khusus kepada golongan anak yatim, kurang upaya dan ibu tunggal.
"Ini memudahkan kerajaan baru untuk mengotakan janji-janjinya kepada rakyat Selangor secepat mungkin tanpa sebarang alasan," jelasnya.
from utusan meloya....