RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Satu destinasi menarik khas untuk mereka yang cintakan keindahan alam & melihat haiwan. Paya Indah Wetlands merangkumi kawasan yang sangat luas sekitar 450 hektar & mempunyai ratusan spesis burung serta 26 spesis mamalia. Antara binatang yang sangat mengujakan untuk tatapan pengunjung di sini adalah badak air, buaya, kura-kura gergasi, landak, burung merak & macam-macam lagi. Destinasi sebegini sangat sesuai untuk anda yang mungkin ingin mencari ketenangan pada hujung minggu di satu kawasan yang kaya dengan flora & fauna.
Membawa anak-anak ke Paya Indah Wetlands juga boleh memanfaatkan waktu cuti dengan aktiviti yang berfaedah & tetap menyeronokkan. Antara aktiviti menarik di sini selain melihat binatang adalah berbasikal, meredah hutan, berkayak ataupun berfotografi landskap. Kalau berhasrat ke sini pastikan anda tahu waktu-waktu memberi makan haiwan yang pasti anak-anak anda tidak mahu lepaskan seperti waktu beri makan buaya, badak air & sebagainya. Menariknya, walaupun aktiviti di sini menarik seperti di zoo berbayar, sebenarnya tiada bayaran masuk dikenakan.
Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan untuk pengunjung di Paya Indah Wetlands seperti chalet, tempat barbecue, menara tinjau, surau & sebagainya. Sekiranya anda mencari tempat menarik di Selangor untuk hari keluarga, team building ataupun kem motivasi, bolehlah mempertimbangkan destinasi ini. Malah lokasinya juga tidak jauh dari bandar Putrajaya, sekitar 20 minit sahaja memandu. Satu tempat menarik di Selangor yang percuma yang sangat disyorkan untuk seisi keluarga berkunjung.
- KM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor
- Dibuka setiap hari
- 8 am – 6 pm
- *Jumaat ditutup antara 12.00 pm – 2.45 pm untuk Solat Jumaat.
Waktu beri makan badak air
- 10.00 am – 10.30 (setiap hari)
- Waktu beri makan buaya
- 11.00 am – 11.30 am (Sabtu & Ahad sahaja)
- Waktu berkayak
- 9.00 am – 12.00 pm
- 3.00 pm – 6.00 pm
- Bayaran masuk
- Percuma
- Sewa basikal:
- RM 5 / 2 jam
- Sewa basikal roda 3 untuk kanak-kanak :
- RM 3 / 2 jam
- Kayak
- RM 7 / jam