lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Patung Kucing
Ketika saya masih di sekolah menengah, pada dua tahun pertama sebelum saya berpindah ke negeri lain, saya mempunyai seorang kawan baik bernama Drew.
Seronok berkawan dengan Drew ni. Dia sering datang ke rumah dan kami akan menonton cerita Goosebumps di tv dan saya akan masakkan untuknya. Semakin banyak masa yang kami habiskan bersama, semakin banyak saya mengetahui tentang patung kucing yang dimilikinya.
Pada waktu itu, saya cukup berminat dengan perkara-perkara ghaib. Saya tahu banyak tentangnya, dan saya tahu bagaimana cara menghalang objek berhantu daripada menyebabkan masalah. Anda perlu ingat perkara ini nanti.
Jadi, tentang patung kucing itu. Kononnya, ia adalah warisan keluarga yang diturunkan selama tiga generasi dalam keluarga Drew. Biasalah tu, takde yang aneh pun. Namun, kemudian Drew memberitahu saya tentang perkara pelik yang berlaku. Patung itu diberikan kepadanya ketika dia masih kanak-kanak, sekitar usia 8 atau 9 tahun, dan sebelum itu tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi, sebaik sahaja ia diturunkan kepadanya, perkara-perkara ajaib mula berlaku. Patung itu tidak pernah berada di tempat yang sama – ia sentiasa berpindah tempat dan seluruh keluarganya tidak pernah tahu di mana ia berada.
Saya bertanya sama ada adik-beradiknya yang memindahkannya (saya mahu membantu tetapi tetap ragu-ragu, kerana dia mempunyai tiga adik-beradik kecil), tetapi patung itu dia letak kat tempat yang sangat tinggi yang tidak boleh dicapai oleh seorang kanak-kanak tanpa bantuan orang dewasa.
Drew sering memberitahu saya bahawa dia ingin membuangnya, tetapi oleh kerana ia diberikan oleh neneknya yang tinggal jauh di negeri lain, dia tidak sanggup. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan patung itu, seolah-olah ia mempunyai aura yang aneh.
Patung itu hilang beberapa kali dan ia berlanjutan begitu sahaja. Apabila dijumpai, ia muncul di tempat-tempat yang pelik seperti di atas peti sejuk, di dalam kabinet bijirin, di dalam laci stoking dan di dalam almari kot. Drew tidak boleh tidur jika patung itu berada di dalam biliknya sebab lampu selalu tak nak menyala. Kemudian satu hari tu, perkara terburuk berlaku.
Patung itu hilang sekali lagi. Seluruh keluarga mencari di sekeliling rumah tetapi tidak menemuinya. Drew dimarahi kerana hilangkan warisan keluarga yang begitu berharga.
Saya dah tidak berapa ingat sangat, tapi pada hari kejadian, menurut Drew dia masuk ke dalam almari untuk mengambil permainan. Masa tu hanya dia dan ibunya saja yang ada di rumah. Bila dia nak keluar, pintu lemari itu tidak boleh dibuka bila ditolak. Padahal tak ada kunci pun pada pintu itu. Dengan rasa keliru dan takut, dia jerit minta tolong pada ibunya untuk bukakan pintu. Namun, ibunya juga tidak dapat membuka pintu almari itu dan memberitahu Drew untuk menunggu hingga ayahnya pulang Lepas tu mak dia sambung balik memasak macam tak ada apa-apa berlaku.
Dengan rasa kecewa dan geram, Drew cuba lagi tolak pintu..dan akhirnya ia terbuka juga. Masa dia terkurung tu lampu dalam almari tu tak menyala. Tapi masa dia hampir menutup pintu dan pasrah dengan keadaan tu, lampu tiba-tiba menyala, dan patung kucing itu berada di atas rak yang paling atas, barang-barang yang asalnya ada kat situ dah berpindah kat tempat lain. Dia sangat terkejut dan takut sampaikan terus meninggalkan rumah dan datang ke rumah saya.
Satu hari, saya dan beberapa orang rakan berjemaah pergi ke rumah Drew. Dah tentulah saya datang tu dengan agenda lain iaitu nak melihat sendiri patung kucing tu. Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam biliknya, saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, dan pandangan saya otometik terus terarah ke almari baju. Hah, patung kucing tu ada dekat situ. Semakin dekat saya menghampirinya, semakin kacau perasaan saya, dan semakin saya tahu saya perlu bantu si Drew ni. Rakan-rakan lain yang ada bersama kami waktu tu dah tau ceruta tentang patung tu. Saya masih ingat lagi senyuman mereka terus pudar apabila mereka melihat riak wajah saya.
Saya terus pulang ke rumah selepas itu dan menyediakan campuran garam untuk menghalau kejahatan, sage untuk membersihkan, dan lada hitam untuk memperkuatkan kuasa campuran bahan2 herba itu. Hati saya kuat berkata - "Saya perlu bantu Drew." Saya merasa letih sangat selepas menyiapkan campuran bahan herba tersebut (lada hitam menyerap tenaga di sekelilingnya untuk memperkuatkan kuasa jampi).
Dengan herba di tangan, saya bergegas kembali ke rumah Drew. Rakan-rakan masih ada, dan mereka kelihatan lega apabila melihat saya datang kembali. Drew memindahkan salib untuk diletakkan di atas dinding di atas patung itu, dan saya perlahan-lahan mengepungnya dengan menaburkan campuran herba tadi di sekeliling patung tu. Saya secara tidak sengaja tersentuh patung itu dengan herba, dan merasakan suatu kuasa kejahatan yang amat kuat. Saya cepat-cepat menyelesaikan bulatan herba itu, dan membacakan doa di atasnya.
Drew cakap bahawa aktiviti paranormal patung kucing itu berhenti selepas itu, dan dia dapat tidur dengan nyenyak tanpa rasa seperti diperhatikan. Namun sebulan kemudian, ibunya memutuskan untuk membersihkan bilik itu dan bersihkan sekali pulak bulatan herba itu. Dah sudah..gangguan bermula semula, malah lebih teruk dari sebelumnya.
Malangnya saya kena ikut keluarga berpindah sebelum sempat membetulkan keadaan, tetapi saya rasa mereka akhirnya dah buang patung itu beberapa tahun kemudian. Saya terputus hubungan dan tidak bercakap dengan Drew lagi selama bertahun-tahun, tetapi saya akan sentiasa ingat ketakutan yang jelas di wajahnya ketika dia datang ke rumah saya pada hari itu.
Dan satu amaran: jangan sekali-kali lakukan apa yang saya buat kecuali anda benar-benar tahu apa yang anda lakukan. Saya dah mahir menggaul bahan2 herba sebelum ini, dan saya memakai kalung pelindung ketika melakukan proses pengusiran serta pembersihan tersebut...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::