BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Bercampur-campur

78ffabe1c1c140ddaa50049e69892f736777ad9f30673.jpg


Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh aliran peningkatan Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20), yang disokong oleh pemulihan niaga hadapan getah serantau.

Menurut seorang peniaga, sentimen pasaran terus ditingkatkan oleh lonjakan harga minyak mentah penanda aras dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan terhadap impak ekonomi susulan tarif perdagangan AS, katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata lonjakan harga minyak, naik sedikit di atas paras terendah dalam empat tahun, berikutan pelabur kini memberi tumpuan kepada rundingan dagangan AS-China dan tanda-tanda penguncupan pengeluaran AS.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga SMR 20 naik 4.5 sen kepada 747.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 4.0 sen kepada 597.50 sen sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register