BTC USD 84,842.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Oppstar Technology, Alphaswift Industries Terima Akses Teknologi Arm

Oppstar Technology, Alphaswift Industries Terima Akses Teknologi Arm​

a60c1ade4c9b94e22ad70f34e234d0fd6a87c578756c3

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir (tengah) hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kepada Arm Limited di Menara Prisma, Kementerian Ekonomi

PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat tempatan, Oppstar Technology Sdn Bhd dan Alphaswift Industries Sdn Bhd, menerima akses kepada teknologi Arm Compute Subsystem (CSS) dan program Arm Flexible Access (AFA) bagi mempercepat pembangunan reka bentuk litar bersepadu, penyelidikan dan pembangunan teknologi semikonduktor di Malaysia.

Kementerian Ekonomi hari ini memaklumkan bahawa surat tawaran kepada kedua-dua syarikat itu diserahkan di bawah Kerjasama Strategik antara Kerajaan Malaysia dan Arm Limited.

Akses kepada teknologi pengkomputeran Arm berkenaan membolehkan syarikat tempatan mempercepat aktiviti reka bentuk litar bersepadu, penyelidikan dan pembangunan, termasuk dalam bidang dron dan mikroelektronik termaju.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata setakat ini, lapan akses teknologi Arm melibatkan empat Arm CSS dan empat token Arm Flexible Access telah ditawarkan kepada lima syarikat tempatan.

“Dalam pembangunan bakat pula, 1,530 peserta telah mengikuti program Arm On-Demand Training, daripada sasaran 10,000 bakat dalam tempoh empat tahun,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kepada Arm Limited di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register