BTC USD 82,585.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Oh....Team Malaysiaku

Chin Aun pertahan Sathianathan

'Skuad negara meningkat bersamanya, corak latihan begitu sistematik'

SEKIAN lama berwatak pemerhati, Datuk Soh Chin Aun semalam memutuskan untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya - dalam langkah untuk mempertahankan kedudukan B Sathianathan selaku ketua jurulatih negara.

Legenda bola sepak negara itu lantang menempelak Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didedahkannya sebagai langsung tidak pernah meminta pendapat dan pandangannya mengenai persoalan status Sathianathan biarpun dia adalah pengurus pasukan kebangsaan.

"Sepatutnya jawatankuasa teknikal dapatkan pandangan saya. Tanyalah pendapat saya. Sudah dua tahun saya bersama pasukan ini. Ketika ini, saya tidak tahu apa yang diputuskan oleh jawatankuasa, biarpun saya adalah ahlinya," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan, semalam.

Chin Aun mengakui betapa dia tidak hadir dalam dua mesyuarat terakhir jawatankuasa berkenaan kerana bersama-sama pasukan ke Slovakia dan Myanmar.

Kebetulan, ketika dia di Myanmar, jawatankuasa dipengerusikan Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, memberi isyarat betapa khidmat Sathianathan mungkin tidak diperlukan lagi dengan senarai pendek nama jurulatih lain sudahpun mula dipertimbangkan.

"Mereka tidak boleh berbuat demikian. Ketika saya hadir dalam mesyuarat, kami tidak pernah bincangkan mengenai pasukan kebangsaan. Ia tidak pernah ditimbulkan. Saya tidak peduli siapa jurulatih, tetapi bersikap adillah," katanya.

Malah Soh Chin Aun - kapten negara ketika era gemilang bola sepak negara pada penghujung 1970an dan awal 1980an, menyifatkan Sathianathan adalah antara jurulatih tempatan terbaik dan sudah melakukan tugas memberangsangkan bersama skuad negara.

"Jika lihat rekod, skuad negara meningkat bersamanya. Lihat sahaja Pestabola Merdeka tahun lalu. Saya ikut pasukan itu daripada mula dan saya akui, dia adalah antara yang terbaik. Corak latihan dan persiapan perlawanannya begitu sistematik.

"Ranking dunia Malaysia juga sudah naik daripada kedudukan lebih 170 kepada kini di tangga ke-151. Saya juga ada bercakap dengan pemain dan kebanyakan daripada mereka mengakui Sathianathan adalah jurulatih yang bagus," katanya.

FAM sebelumnya secara terbuka menegaskan kedudukan Sathianathan hanya akan ditentukan selepas Kejohanan Piala Suzuki AFF yang sedang berlangsung ketika ini dengan sasaran untuknya kekal ialah layak ke final dan membawa pulang piala buruan.

Namun pendedahan Chin Aun kali ini harus membuka mata pelbagai pihak, selain turut harus mendorong Jawatankuasa Teknikal FAM untuk sekurang-kurangnya prihatin dalam mengambil keputusan - termasuk mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan - bukan sekadar membuat keputusan 'ikut sedap mulut' ataupun berteraskan agenda tersembunyi.

apa maksud Chin Aun ni?
 
PHUKET - Malaysia pulang awal daripada kempen Piala Suzuki AFF. Sejarah tahun 1998 berulang apabila terkeluar daripada saingan pada peringkat kumpulan lagi.

Semalam, anak buah B. Sathinathan itu ditunjuk jalan keluar oleh Thailand apabila tewas0-3 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B.

Ia perlawanan antara hidup atau mati bagi skuad Malaysia selepas tewas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua.

Dengan kekalahan itu, Malaysia hanya mengumpul tiga mata hasil kemenangan ke atas Laos sebelum ini.

Thailand yang dilatih bekas pemain Everton, Peter Reid dan pernah menjadi juara sebanyak tiga kali kejohanan ini mengungguli saingan dengan memungut sembilan mata setelah kemenangan 2-0 ke atas Vietnam dan membelasah Laos 6-0.

Thailand dan Vietnam akan mewakili Kumpulan B ke pusingan separuh akhir.

Vietnam mara selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas laos pada aksi terakhir semalam.

"Bukan mudah untuk menewaskan Thailand. Kalau menang atau seri dengan Vietnam, ia lebih mudah," kata Sathianathan, yang kedudukannya sebagai jurulatih mungkin tergugat selepas ini.

Pada perlawanan semalam, Sathianathan tidak menurunkan penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias yang dipersalahkannya atas kekalahan ke atas Vietnam tiga hari lalu.

Namun, Syed Adney Syed Hussein yang diturunkan hampir melakukan kesilapan yang sama apabila pada satu ketika dilihat sedikit leka dan peluang itu dipergunakan sepenuhnya oleh kapten Thailand, Datsakorn Thonglao untuk melakukan tendangan jarak jauh pada minit ke-17 tetapi percubaannya terkena palang gol.


apa dah jadi? sampai sekarang merana lagi....dah nasibbbbbb badan.:">
 
blk la juruletih , jd coach kt estet lg bagus la. rugi tiket flight jerr
 
alasan kekalahan yang tidak relevan...

1) jadual perlawanan tidak memihak kepada malaysia kerana perlawanan pertama berdepan dengan laos (perlu menang), kedua lawan vietnam (perlu menang) ketiga lawan thailand (perlu seri,tu pun kalau dapat seri). coach msia merasakan tekanan kepada pemain kerana terpaksa bermain bermati-matian untuk ketiga2 match. sedangkan thailand boleh merehatkan pemain mereka pada match kedua menentang laos. alasan ***** yang tidak sepatutnya dijadikan alasan kepada kepenatan pemain. masa main lawan laos pun dah setengah mati, ingatkan boleh menang dengan selesa tanpa berhempas pulas.

2. kenapa masih ada pemain seperti indraputra, hairudin omar, shukor adan.. masih ramai lagi pemain selain mereka ini yang lebih perform di MSL. kyril muheymen simpan jadi sub...? salah percaturan la coach.

3. keeper memang masalah besar bagi msia. keeper yang ada sekarang perlu diberi pendedahan yang lebih di peringkat atrabangsa. syed adney?.. well he is not good enuf for being a second keeper for msia. lagak saja lebih.

coach sekarang terpaksa diberi laluan keluar la. bagi peluang kepada coach luar. mau tidak mau, FAM kena rombak balik MSL dengan memberi peluang pemain import beraksi dalam MSL. kalau lawan body yang setara di asia tenggara pun dah tak dapat nak beat.

harapan menggunung sebelum bermulanya AFF suzuki cup, tapi runtuh dengan cepat cuma dalam kumpulan seperti bkt atrabangsa.... memang cukup memalukan.
 
harapannnnnnnnnnnnn setinggi gunung
berdorai menjadi debuuu huuuuuuuuuuuuu huuuuuuuuuuuu huuuuuuuuuu
oh team malaysia ku :)):)):))
 
bagi aku coach malaysia tu bagus, cume player je kurang bagus
 
alasan kekalahan yang tidak relevan...

1) jadual perlawanan tidak memihak kepada malaysia kerana perlawanan pertama berdepan dengan laos (perlu menang), kedua lawan vietnam (perlu menang) ketiga lawan thailand (perlu seri,tu pun kalau dapat seri). coach msia merasakan tekanan kepada pemain kerana terpaksa bermain bermati-matian untuk ketiga2 match. sedangkan thailand boleh merehatkan pemain mereka pada match kedua menentang laos. alasan ***** yang tidak sepatutnya dijadikan alasan kepada kepenatan pemain. masa main lawan laos pun dah setengah mati, ingatkan boleh menang dengan selesa tanpa berhempas pulas.

2. kenapa masih ada pemain seperti indraputra, hairudin omar, shukor adan.. masih ramai lagi pemain selain mereka ini yang lebih perform di MSL. kyril muheymen simpan jadi sub...? salah percaturan la coach.

3. keeper memang masalah besar bagi msia. keeper yang ada sekarang perlu diberi pendedahan yang lebih di peringkat atrabangsa. syed adney?.. well he is not good enuf for being a second keeper for msia. lagak saja lebih.

coach sekarang terpaksa diberi laluan keluar la. bagi peluang kepada coach luar. mau tidak mau, FAM kena rombak balik MSL dengan memberi peluang pemain import beraksi dalam MSL. kalau lawan body yang setara di asia tenggara pun dah tak dapat nak beat.

harapan menggunung sebelum bermulanya AFF suzuki cup, tapi runtuh dengan cepat cuma dalam kumpulan seperti bkt atrabangsa.... memang cukup memalukan.
indra putra tu boleh blah lagi la..
at least ada gak malaysia bleh harapkan gol dari freekick die lepas zaman mubin mokhtar..
tapi die pon dah tua..x lama dah indra ni..

malaysia kena ada gak specialist utk free kick dan set piece ni..
dah lama sgt x de yg pakar dalam bab2 ni...
 
Back
Top
Log in Register