hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,512
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,512
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Obsesi jadi Barbie berakhir tragis, pempengaruh maut lepas jalani 27 pembedahan
Brasília: Seorang pempengaruh Brazil, Barbara Jankavski, dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas menjalani 27 pembedahan untuk kelihatan seperti patung Barbie.
Memetik Mirror UK, Jankavski ditemui meninggal dunia di sebuah rumah bandar di Sao Paolo dan polis sedang menyiasat kematiannya yang didaftarkan sebagai 'mencurigakan'.
Difahamkan, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke premisnya pada hujung minggu lalu, tetapi mereka gagal menyelamatkan pempengaruh itu.
Dalam pada itu, seorang rakannya yang berada di rumah pada hari kejadian meninggalkan rumah sebelum Jankavski meninggal dunia.
Rakannya memberitahu polis Jankavski mengalami kecederaan pada mata.
Beberapa minggu sebelum itu, Jankavski mengejutkan peminat dengan swafoto yang menunjukkan lebam di mata selepas menjalani pembedahan pembentukan semula wajah atau 'facelift'.
Kecederaan itu sebahagian daripada proses pemulihan facelift yang dijalani dan dia menegaskan parut hampir tidak kelihatan walaupun nampak menakutkan.
Pempengaruh itu juga dilaporkan membelanjakan lebih kurang 42,000 Pound Sterling (kira-kira RM264,600) untuk kelihatan lebih seperti Barbie sebenar.
Media melaporkan, dia mula terkenal di media sosial selepas mendokumentasikan perjalanan pembedahannya, dengan lebih 55,000 pengikut di Instagram dan 344,000 pengikut di TikTok sebagai 'Boneca Desumana' atau 'Inhuman Barbie'.
Jankavski juga pernah muncul dalam beberapa rancangan televisyen dan kempen iklan di Brazil.
Difahamkan, dia tidak memuat naik sebarang kandungan di Instagram sejak 1 Oktober dan di TikTok sejak 7 September sebelum kematiannya.
Susulan itu, peminatnya berasa amat sedih dengan pemergiannya, ada yang menitipkan ucapan takziah dan mengenang kehidupannya yang singkat namun diisi dengan perkara yang dicintai.
Kematian Jankavski berlaku hanya beberapa hari selepas seorang lagi pempengaruh Brazil, Fernanda Oliveira da Silva, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Lago Verde pada 30 Oktober.
Sebelum ini, perkhidmatan kecemasan dipanggil untuk Oliveira da Silva, tetapi gagal menyelamatkannya dan dia meninggal dunia pada usia 30 tahun.