BTC USD 84,842.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah​

d27bec80802b9a9f6d2fc3bceba552cf668e1a055171c


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

Kontrak Ogos 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 21.5 mata kepada 1,722.0 dan 1,705.5 mata, manakala September 2026 turun 23 mata kepada 1,700 mata dan Mac 2027 merosot 22 mata kepada 1,688.5 mata.

Jumlah dagangan merosot kepada 13,094 lot daripada 52,147 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 54,810 kontrak daripada 104,433 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 15.84 mata kepada 1,725.88 berbanding 1,741.72 ketika ditutup pada Khamis.

 
Back
Top
Log in Register