afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,296
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,296
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
NGO repot polis Albert Tei kerana fitnah Hajiji
Pengerusi G57 Zulkarnain Mahdar buat laporan polis susulan hantaran media sosial Albert Tei yang menuduh Ketua Menteri Hajiji Noor dalang skandal berkenaan.
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Zulkarnain Mahdar, berkata beliau membuat laporan itu susulan satu hantaran media sosial oleh Tei yang menuduh Hajiji sebagai dalang skandal berkenaan.
“Saya mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara tersebut,” katanya.
Skandal itu tercetus pada 2024 susulan penyebaran beberapa video yang didakwa menunjukkan perbincangan melibatkan rasuah dan salah laku berkaitan projek penerokaan mineral di Sabah.
Tei, bersama bekas Adun Sabah Andi Suryady Bandy dan Dr Yusof Yacob, didakwa pada 2025 menerima dan memberi rasuah berjumlah keseluruhan RM350,000 berkaitan permohonan lesen mencari gali mineral di negeri itu.
Mereka mengaku tidak bersalah.