BTC USD 81,362.8 Gold USD 4,120.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Neymar Pintas Rekod Jaringan Pele

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836

Neymar pintas rekod jaringan Pele​


09 SEP 2023

2338899.jpg

Neymar kini merekodkan 79 gol di pentas antarabangsa.


NEYMAR memecahkan rekod Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil selepas meledak dua gol dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan pada awal pagi Sabtu.

Rekod itu tercipta selepas Neymar mengetuai kejayaan Brazil membenam Bolivia 5-1, sekali gus menyaksikan dia kini merekodkan 79 gol berkelebihan satu gol di depan legenda bola sepak Brazil itu.

Sebelum aksi di Stadium Jornalista Edgar Proenca 'Mangueirao', Belem, Brazil itu, Neymar dan Pele terikat 77 gol yang mana rekod berkenaan dipecahkan dalam penampilannya yang ke-125 bersama skuad Samba.

Pele yang meninggal dunia ketika berusia 82 tahun pada Disember tahun lalu, mengumpul keseluruhan 77 gol buat Brazil dalam 92 penampilan dari tahun 1957 hingga 1971.

Fernando Diniz yang dilantik bagi menggantikan Tite selaku pengendali baharu Brazil mengakui, Neymar seorang pemain yang istimewa dan memiliki bakat semulajadi yang luar biasa.

“Ramai yang mahu melihat penampilannya di atas padang tetapi kehadirannya bukan sekadar bermain tetapi lebih daripada itu. Dia meledak dua gol dan memecahkan rekod.

“Neymar adalah ikon kepada ramai pemain muda dan dia berjaya membuktikan dirinya antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Brazil,” kata Diniz.

Pada Ogos lalu, bekas penyerang sensasi Barcelona berusia 31 tahun itu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal.


 
Sebelum aksi di Stadium Jornalista Edgar Proenca 'Mangueirao', Belem, Brazil itu, Neymar dan Pele terikat 77 gol yang mana rekod berkenaan dipecahkan dalam penampilannya yang ke-125 bersama skuad Samba.

Pele yang meninggal dunia ketika berusia 82 tahun pada Disember tahun lalu, mengumpul keseluruhan 77 gol buat Brazil dalam 92 penampilan dari tahun 1957 hingga 1971.


Pele masih hebat sebab kumpul 77 gol dalam 92 penampilan
Neymar kumpul 77 gol dalam 124 perlawanan
 
Back
Top
Log in Register