BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netizen, kalian memang sweet – Kamal Adli

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
kamal-adli.jpeg

KAMAL terharu melihat ramai netizen membantunya memujuk Uqasha dengan meninggalkan komen manis di Instagram milik isterinya itu.

"Netizen, kalian memang sweet – Kamal Adli" PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli terharu menyaksikan kesungguhan orang ramai membantunya memujuk isteri tercinta, Uqasha Senrose dengan menitipkan ucapan manis dalam media sosial sejak semalam.

Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menyifatkan netizen yang memberi komen positif itu sebagai individu yang baik hati dan tidak keberatan bergambar bersama sekiranya terserempak di luar.

“Netizen, kalian memang ‘sweet’.

“Kalau jumpa di mana-mana, kita swafoto ya,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Sejak semalam, ruangan komen media sosial Uqasha Senrose dibanjiri kata-kata manis netizen yang mengirimkan titipan salam rindu mewakili Kamal.

Tindakan tersebut difahamkan selepas Kamal meminta bantuan orang ramai menyampaikan rasa rindu terhadap Uqasha selepas prosiding sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Katanya, itu antara cara untuk memujuk Uqasha yang memfailkan cerai terhadapnya pada 1 Oktober lalu.

“Pergilah ‘spam’ Instagram Uqasha dan cakap Kamal sayangkan awak,” pinta Kamal semalam.

Semalam, mahkamah menetapkan 19 November depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes perceraian pasangan selebriti itu.

Difahamkan, kes tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, iaitu permohonan perceraian dengan alasan tiada persefahaman antara suami isteri.

Kamal yang ditemui di mahkamah menegaskan masih mahu berusaha memujuk dan mempertahankan rumah tangganya selain menolak dakwaan mengasari isteri mahupun berlaku curang.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. – KOSMO! ONLINE

==============================
Ala, suka2 netizen doakan, Kamal pun merayu sakan kat socmed kan. IG Uqasha confirm penuh komen2 'jangan ler cerai'. Drama pulak aih, tapi ya la, siapalah taknak defend family. 😏

 
Back
Top
Log in Register