BTC USD 62,808.2 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasyid Melayu lembik

KamalGhani

Fun Poster
Messages
397
Joined
Feb 26, 2013
Messages
397
Reaction score
45
Points
20
Salam

Just nak luahkan perasaan je terhadap industri nasyid tanahair.

Saya ni bukanlah penggemar tegar nasyid, tapi melihatkan industri hiburan islamik yang makin banyak, saya rasa ia sepatutnya mendapat sokongan daripada kita sendiri, kalau tak siapa lagi.

Namun, di sebalik mencari lagu2 nasyid bermesej baik, saya melihat trendnya makin berubah kepada lagu2 yang melembikkan jiwa.

Saya tidak bermaksud semua lagu nasyid perlu dibuat dengan rentak die hard, metal, rock, punk dan sebagainya. Namun permainan emosi yang dibawakan dalam penghasilan nasyid2 tanahair terlalu bertumpu pada jiwa yang runtun, keinsafan, kesedihan, sentimental dan yang seangkatan dengannya.

Bila dilihat pada lagu2 yang mempromosikan perjuangan terhadap pembebasan palestin, atau perjuangan di syria juga, semuanya lagu2 yang bikin menangis serta tangkap leleh.

Saya tak mau komen nasyid2 yang beribu2 yang 'mempromosi'kan cintan cintun, "percintaan islamik", jodoh, kahwin dan sebagainya.

Ya kita meraikan jiwa2 yang perlu insaf, serta mode kesufian itu kadangkala perlu. Tetapi itu hanya memenuhi tuntutan "abid di malam hari", di mana pula tuntutan "singa di siang hari"? Singa nak menangis juga ke?

Cuba lihat lagu2 bermesej baik bernada rancak seperti intifadha, hambamu (imam muda), al-haq, alangkah bagusnya jika industri nasyid kita turut menyeimbangkan banjiran nasyid2 tangkap leleh di pasaran sekarang ni dengan lagu2 yang mempromosikan perjuangan, menaikkan semangat, membakar dan menyemarakkan emosi. Bukanlah kita mahukan head banging, atau sembelih kambing masa konsert untuk hamburkan darah, bukan juga kita mintak lorengan2 di muka supaya kelihatan ganas.

Tapi cuba bayangkan semasa Hamas berdepan dengan pengganas Israel, takkan nak layan Kasih Kekasih? Atau C U D IPT? I was like...W.T.F???

Nak buat nasyid sendiri tak pandai, jadi boleh luah perasaan jela

Nah layan lagu dari Atyaf Istisyhad

https://www.youtube.com/watch?v=SLd_JXR1zdE
 
Saya lagi suka nasyid lembik daripada nasyid rock indonesia yang siap main gitar jerit jerit menyebut nama tuhan. Teringat masa perang badar dulu ramai yang jerit jerit takbir sebab semangat nak perang. Nabi kata jangan memuji tuhanmu dengan suara yang keras. Sesungguhnya tuhanmu bukannya tuli mahupun jauh.
 
Saya lagi suka nasyid lembik daripada nasyid rock indonesia yang siap main gitar jerit jerit menyebut nama tuhan. Teringat masa perang badar dulu ramai yang jerit jerit takbir sebab semangat nak perang. Nabi kata jangan memuji tuhanmu dengan suara yang keras. Sesungguhnya tuhanmu bukannya tuli mahupun jauh.


itu puji tuhan, diorang berzikir...memang nabi larang (ini jugak larangan berzikir suara keras ya)

tapi ini lagu untuk menaikkan semangat kita, kalau yg dok main gitar hempuk2 sebut nama tuhan, nampak benar pelik mesejnya

ini cuma nakkan rentak yang boleh jadikan kita bersemangat, positif, pendek kata bila dengar masa bawak kereta perjalanan jauh tu hilang la mengantuk
 
terbaik la nasyid Atyaf Istisyhad, meremang bulu roma baca lirik....
 
takpe..banyak pilihan lain

sama jugak macam lagu patriotik sekarang..

bayangkan tentera pergi perang...nyanyi lagu IM4U. disini bermula sebuah cinta... keh keh keh
 
kalau perasan lagu2 rock kapak zmn dlu pon ada lagu berunsur nasyid ni
cth mcm giegiel-cahaya, lefthanded-seruan, ukays-kita akan dijemput, yantzen-insan dll
kalau zmn skrg buat lagu2 cmni rasenye bleh diterima lg smua lapisan msyrkat
kalau nasyid yg ada skrg ni rasenye org muda x minat sgt nk dgr
just pandangan aku je..peace:):):)
 
lembik ke..keras ke...yg penting amalan
 
Back
Top
Log in Register