takaful yang guna moderator pihak ketiga contohnya medijaring, asia assistance nie islamic ke tak? saya lebih jelas tentang takaful prubsn sebab ia menggunakan konsep tabbaru dari awal2 lagi. takaful lain yang guna kad tidak ada pun kaedah seperti ini???? bayar lumsum setahun lepas tu bleh guna. kaedah ape nie?
tolong jelas sikit takaful yang berkenaan
as salamu alaykum wbt.
apa khabar en.mohdamin? it's been a while dan lama tak mendengar khabar berita.
baiklah, saya cuba jawab dan semoga jawapan saya dapat membantu menghilangkan kekeliruan yang sediki itu...
ok, semua takaful menggunakan tabarru'. saya fikir en.mohdamin masih lagi belum jelas sepenunya mengenai konsep tabarru' yang digunapakai oleh syarikat Takaful.
tidak kira sama PruBsn, TI, ET, TM or else, kesemuanya mesti guna konsep tabarru' atau dalam ertikata MELAYU ialah DERMA.
ini bermakna, sekiranya en.mohdamin sangat jelas konsep DERMA ni, bermaknaya sekiranya kita derma duit or harta kita, takkan kita nak amik balik duit derma kita.
begitu juga dalam Takaful, dalam pelan takaful mempunyai 2 pecahan akaun berbeza untuk peserta iaitu akaun simpanan dan akaun derma. akaun simpanan adalah milik peserta manakala akaun derma adalah milik bersama.
dalam kes Medical Card..sebenarnya secara asasnya semua bayaran untuk Medical Card adalah 100% BURNED (untuk konvensional) atau 100% TABARRU'@DERMA (untuk Takaful).
sebab itu, Medical Card TI yang menggunapakai sistem STANDALONE Medical Card adalah 100% DERMA. So tiada pulangan untuk peserta kecuali pulangan PAHALA dan PERTOLONGAN KEBAJIKAN SEKIRANYA DITIMPA MUSIBAH. takkan kita nak duit yang kita derma balik, tak gitu en.mohdamin?
berbeza dengan Medical Card yang berbentuk Rider yang dikatakan ada pulangan. memang ada tapi ialah adalah hasil pulangan daripada caj-caj kerana ia dijadikan Rider. that's why Medical Card Rider lebih mahal daripada Medical Card Standalone yang tiada sebarang caj tambahan kecuali Duti Setem RM10.00 sahaja.
walaubagaimanapun, dari segi keistimewaan lain, Medical Card Rider memiliki keistimewaan Automaticly Renew berbanding Medical Card Standalone ialah Manual Renew..tapi ni dah topik lain lah..
ok, setel kes 100% DERMA, sekarang masuk plak isu 3rd Party.
saya amik contoh 3rd Party TI, iaitu Asia Assistance (AA). Sememangnya kompeni ni adalah kompeni konvensional, akan tetapi untuk kes Medical Card TI, AA adalah "PEKERJA" kepada TI. AA menguruskan hal-hal masuk-keluar pesakit ke hospital. semua pembayaran bil 100% oleh TI. AA hanya dibayar gaji oleh TI kerana menguruskan hal-hal teknikal tersebut.
apabila ditanya, kenapa TI tidak menguruskannya sendiri?
1) TI adalah kompeni 100% bumiputera MELAYU yang boleh dikatakan masih hijau dalam industri ni. TI masih tiada lagi pengalaman dalam menguruskan Medical Card dan TI kena mengupah seseorang untuk melakukan kerja-kerja tersebut. AA adalah pilihan TI kerana AA adalah berpengalaman dan bertaraf antarabangsa. Insya-Allah, dalam pada ketika ini, TI sedang belajar dengan AA how to manage this system..mungkin tak lama lagi TI tidak perlu kepada 3rd party lagi untuk menguruskan Medical Cardnya.
2) Penjimatan kos operasi. TI sememangnya boleh untuk tidak menggunakan 3rd Party. Sekiranya TI berhasrat sedemikian, maka TI terpaksa menubuhkan satu jabatan baru yang beroperasi 24 jam, terpaksa merekrut pekerja baru dan melatih mereka, terpaksa membeli bangunan baru, peralatan dan sebagainya. Penubuhan satu jabatan baru yang beroperasi 24 jam / 7 hari secara profesional bukanlah satu kos yang rendah. kalau ikut pengalaman saya, around RM5-RM10 juta (ikut harga minyak sekarang ah). akan tetapi, TI masih memiliki alternatif iaitu mengupah "seseorang" yang membuat kerja-kerja tersebut. andaikata kalau upah tersebut ialah RM1 juta, maka kita dapat jimat RM4 juta. so at least RM4 juta TI boleh standby untuk bayar claim Medical Card or perkara lain yang lebih adil.
well, dalam Islam itu sendiri, tidak salah menjadikan orang bukan Islam sebagai pekerja. tambahan pekerja bukan Islam ni adalah sangat berpengalaman dalam masa yang sama kita juga belajar daripada mereka.
semoga penerangan saya dapat membantu en.mohdamin dan semoga en.mohdamin lebih jelas lagi mengenai industri takaful di negara kita ini.