BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyTM.BIZ

program pendidikan str8A-

Str8A dan "Virtual Manipulative"

Berdasarkan kepada keputusan dari lebih dari 100 kajian pendidikan, melibatkan lebih dari 4,000 kumpulan experimental/kawalan, suatu ujian meta-analisis (Marzano, 1998) telah mendapati bahawa terdapat beberapa teknik yang memberi impak positif kepada kejayaan pelajar.

Teknik-teknik tersebut meliputi:

1. Menggunakan grafik/bahan bukan linguistik untuk mewakili pengetahuan baru
2. Menggunakan "Manipulatives" untuk mempelajari pengetahuan baru dan latihan menggunakannya
3. Membina dan menguji hipothesis mengenai pengetahuan baru
4. Persembahan pengetahuan baru secara terus menerus, diikuti dengan aplikasi

1. Menggunakan grafik/bahan bukan linguistik untuk mewakili pengetahuan baru

Kajian dalam psikologi kognitif menunjukkan bahawa otak kita menyimpan pengetahuan baru dalam bentuk perkataan dan imej. Pendidikan yang menyasar dan melibatkan kedua-dua sistem ini telah terbukti meningkatkan kebolehan memahami dan mengingati pengetahuan baru. Melibatkan pelajar dalam membina dan menggunakan bahan bukan linguistik telah didapati meningkatkan stimulasi dan aktiviti otak.

Str8A memberikan laluan sedia wujud untuk guru dan pelajar menggunakan kelebihan faktor ini untuk membantu dalam pemahaman dan memori bahan pengetahuan baru.

2. Menggunakan "Manipulatives" untuk mempelajari pengetahuan baru dan latihan menggunakannya

"Manipulatives" adalah artifak konkrit atau simbolik yang pelajar boleh berinteraksi dengannya semasa mempelajari bahan pendidikan baru. Ianya adalah bantuan pendidikan yang berkuasa kerana ia memberikan pengalaman selesa kepada pelajar semasa mengeksplorasi sesuatu topik secara "hands-on", walaupun topik tersebut adalah abstrak.

"Manipulatives" yang digunakan Str8A adalah berdasarkan Virtual Reality Modeling Language atau VRML dan berupaya menghasilkan bahan pendidikan maya. Kami berusaha menggunakan keupayaan pelajar tersebut, terutamanya minat pelajar terhadap "gaming" atau permainan komputer. Ini termasuk mengujudkan "Levels" atau tahap-tahap, kerana pelajar boleh mengetahui keupayaan peribadinya dalam topik yang sedang dicuba.

Kami juga berusaha menggunakan kebolehan pelajar dalam mengendalikan peranti komputer seperti tetikus dan papan kekunci untuk membina bahan pendidikan maya. Kebolehan ini menjadikan bahan pendidikan lebih interaktif dan menarik.

3. Membina dan menguji hipothesis mengenai pengetahuan baru

Bahan Str8A terdiri dari "perwakilan" bahan yang sedia wujud di dunia nyata. Tetapi oleh kerana dalam kebanyakan kes, pelajar tidak berupaya mendapatkan bahan tersebut, secara nyata, untuk diselidiki dan difahami. Contohnya sistem penjanaan elektrik di empangan. Untuk penyelidikan dan pemahaman yang paling baik, adalah perlu untuk pelajar untuk melawat sebuah empangan janaan elektrik seperti Empangan Kenyir dan sebagainya. Walaupun ada yang pernah melawat Tasik Kenyir, tidak banyak yang mendapat kelulusan untuk melihat dengan mata sendiri proses penjanaan tersebut. Disini, "perwakilan" secara maya diperlukan.

Pelajar boleh menyelidik proses tersebut, dan membina hipothesis sendiri dengan menggunakan bahan maya yang disediakan. Kebolehan ini TIDAK terdapat dalam buku maupun laman "bank soalan" lain.

4. Persembahan pengetahuan baru secara terus menerus, diikuti dengan aplikasi

Ada konsep yang pelajar perlu pelajari secara terus menerus, contohnya pengiraan luas kawasan. Pelajar perlu mengetahui formula atau kaedah mengira yang telah diberikan oleh guru. Pelajar perlu aplikasi formula tersebut, terutamanya dalam alam nyata, untuk memahami kepentingannya dalam hidupan seharian.

Str8A menyediakan pengetahuan seumpamanya dan menyediakan tapak untuk mengaplikasikannya. Sistem penilaian yang disediakan membolehkan pelajar menguji pengetahuan tersebut. Keputusan aplikasi pengetahuan ini dapat dilihat secara terus menerus dan "live" dengan adanya teknologi penilaian secara "online" yang disediakan di Str8A.

Secara amnya, Str8A dibina untuk memberikan pelajar pengalaman lain dari yang lain. Mereka boleh menjelajah, eksperimen, membuat hipotesis, dan diuji pengetahuan mereka. Semuanya secara "online", dan secara langsung.


PROGRAM INI PERTAMA SEUMPAMANYA DIDUNIA YANG DI PRACTIKKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DAN IA MILIK EPENUHNYA MYTM BAYANG KAN BAGAIMANA LUASNYA MARKET ANDA.............:D


KEPADA SESIAPA YANG TERAASA TERPANGGIL UNTUK BERSAMA MYTM INILAH MASA YANG PALING SESUAI.................... SEBAB KEAHLIAN BARU MENCECAH KE ANGKA 20 RIBU SELURUH TANAH AIR........... PELUANG ANDA UNTUK MENJADI AHLI KE 20 001 ADALH SANGAT LUAS
 
Last edited:
jadual roadshow di seluruh malaysia dah ada terutamanya di johor so bermbongan la datang ke tempat2 roadshow tersebut .................
post sini la sumer gambar2 roadshow tu.. ko kan dah jadi otai MYTM skg ni.. baru boleh tengok gambar2 berombongan MYTM.. :D
 
biasa aje........cari makan.........

post sini la sumer gambar2 roadshow tu.. ko kan dah jadi otai MYTM skg ni.. baru boleh tengok gambar2 berombongan MYTM.. :D

mana ada aku hanya ahli komunity mcm biasa aje ........cuma aktif sikit untuk cari makan:D

alhamdulillah perkembangan mytm menggalakkan........semoga tak berlaku apa rintangan di sepanjang perjalanan mytm..........dan kalau ada biarla sesuatu yang di tangani bersama-sama ahli komunity semua:">
 
Back
Top
Log in Register