BTC USD 81,885.3 Gold USD 4,157.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Sabu ditahan polis

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 6 Mei - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis di sebuah restoran di Jalan Pahang Barat di sini petang ini berhubung penganjuran majlis solat hajat sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan penahanan pemimpin kanan Pas itu.

Difahamkan, Mohamad ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh kira-kira 10 anggota polis berpakaian preman sewaktu beliau meninggalkan restoran itu yang terletak berhampiran Hospital Tawakal, kira-kira pukul 3 petang ini.

Sebelum itu dia dikatakan sedang minum bersama beberapa ahli Pas termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub di restoran berkenaan.

Juga difahamkan dalam kejadian tersebut, beberapa ahli Pas itu cuba menghalang penahanan Mohamad tetapi tidak berhasil.

Malam tadi, aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat yang dikatakan terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang persidangan DUN Perak, ditahan polis kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948.

Dia ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini beberapa jam selepas memberikan kenyataan pada satu sidang akhbar pagi semalam.

Difahamkan, polis akan menyoal siasat lelaki terbabit untuk mengumpul beberapa lagi maklumat terutamanya mengenai penyebaran beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur hasutan.
 
Kat Malaysia yang bermazhab Hadhari nie nak ajak orang sembahyang pun kena tangkap ke?
 
Aku tak paham, apsal nak tangkap orang solat hajat. Berita ni tak bgtau detail pun
 
betul ker nk solat hajat pun kene tangkap..... parah dh najib nie...
 
Aku tak paham, apsal nak tangkap orang solat hajat. Berita ni tak bgtau detail pun

aku pun pk camtu gak..x kn la nk solat hajat kene tahan. nie mesti kes berita yg x sepenuh nyer. edit saner sinie. kalo d katerkan sms berbaur hasutan..makne nyer d tahan atas sbb menghasut bkn sbb nk solat hajat la tu #:-S
 
Back
Top
Log in Register